TIPS UNTUK MELUPAKAN BEKAS KEKASIH


Berpisah dengan kekasih mungkin adalah hal yang mudah bagi sesetangah orang tetapi yang susahnya adalah untuk melupakan. Susah sebab terlalu banyak kenangan manis antara kita dan dia lalui bersama. Jadi disini aku nak kongsikan tips untuk korang lupakan si dia.


1)Buang kenangan yang si dia beri
Membuang semua benda yang pernah si dia beri, mungkin kenangan di kepala susah untuk dilupakan tapi kenangan pemberian barang masih boleh dibuang supaya cepat dapat lupakan si dia. Tapi kalau rasa barangan yang si dia pernah bagi tu mahal dan sangat berharga jangan buang jual sahaja nanti duit hasil  jualan tu boleh la simpan untuk perbelanjaan perkahwinan korang nanti. Hehehe

2)Mencari Kesibukan
Sibukkan diri dengan kegiatan baru dan elakkan dari bersendirian kerana boleh membuatkan korang mengingati kembali kepada kenangan dengan si dia, sebaliknya sibukkan diri dengan perkara berfaedah. Contohnya korang boleh sibukkan dengan membuat pertenakan kambing besar-besaran sebab bila kambing korang makin banyak maka makin sibuklah diri korang. Jadi nak pikir tentang si dia pun tak sempat dah dalam otak korang. Masa tu tengah pikir pasal duit untung jual  kambing je.



3)Keluar bersama kawan-kawan
Keluar dengan rakan-rakan korang ke tempat yang menarik. Kalau boleh setiap tempat korang pergi bukakan meja untuk sesi kenal mengenal sebab bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Duit jual kambing pun dah banyak bila dah jumpa pasangan baru tu terus je ajak kahwin.

4)Lupakan saat-saat manis bersamanya sebelum ini
Memang agak susah untuk melupakan kenangan manis ketika bersama si dia. Tapi tu tak bermaksud korang tak boleh cuba lupakan. Anggap sahaja semua tu hanyalah sebuah mimpi ketika bersama si dia dan mimpi tu akan terus hilang lepas bangun tidur. Kalau susah juga untuk lupakan si dia pergilah cari tangga dan buat-buatlah jatuh sampai mengalami kecederaan kepala yang teruk dan menyebabkan korang hilang ingatan. Bila nama sendiri pun tak ingat apatah lagi nama si dia nak ingat.

5)Ulang perkara diatas sehingga betul-betul lupa si dia
Ulang sehingga korang lupa tapi aku rasa yang part jatuh tangga hingga lupa ingatan tu pasti berkesan untuk melupakan bekas kekasih korang. Selamat maju jaya Yoe ucapkan yang mana tengah nak lupakan si dia tu.

ps:tak semua tips diatas boleh diguna pakai "buang yang keruh, ambil yang jernih"

Nah dengar lagu ni dulu lepas tu pikir balik nak lupakan ke tak. hehehe

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DENGAN KEPALA AIR

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak