Posts

Kisah Teladan The Giving Tree

Image
Pada suatu masa dahulu,terdapat sepohon pokokepal yang sangat besar. Pokok epal ini mempunyai  kawan yang sangat rapat iaitu seorang kanak-kanak lelaki kecil. Budak lelaki ini sentiasa datang untuk bermain dengan pokok epal dan menghabiskan masanya dengan pokok epal. Dia akan memanjat pada batang pokok epal dan bergayut dari dahan pokok untuk bermain. Jika budak lelaki itu berasa lapar dan dahaga dia akan memetik buah epal untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaganya, bila telah penat bermain dia akan berteduh dan berehat di bawah teduhan rimbunan daun pokok epal. Pokok epal sangat gembira  kerana dapat bermain dengan budak lelaki itu setiap hari tanpa rasa bosan sedikitpun.

Satu hari, pokok itu terkejut melihat kanak-kanak itu menghampiri dengan wajah yang sedih. Pokok itu berkata "Datang sini dan bermainlah dengan saya" dan budak lelaki itu menjawab sambil menjerit "Saya bukan lagi budak kecil yang bermain dan menghabiskan masa dengan kamu sepanjang hari". Budak l…

Pengalaman Mendaki 9 Buah Bukit

Image
Mesti ramai yang mempunyai hobi untuk mendaki bukit dan gunung kalau boleh semua bukit dan gunung kita nak daki bila ada minat tu sebab pengalaman ni bukan semua orang boleh rasa. Betul tak para hikers semua? Jadi untuk post kali ini Yoe nak cerita sedikit pengalaman tentang hiking ni.