Pengalaman Mendaki 9 Buah Bukit

Mesti ramai yang mempunyai hobi untuk mendaki bukit dan gunung kalau boleh semua bukit dan gunung kita nak daki bila ada minat tu sebab pengalaman ni bukan semua orang boleh rasa. Betul tak para hikers semua? Jadi untuk post kali ini Yoe nak cerita sedikit pengalaman tentang hiking ni.


1)Bukit Broga
Broga Hill atau dikenali sebagai Bukit Broga. Bukit ni terletak di Semenyih dan sangat terkenal dengan tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Oleh sebab, terlalu ramai orang yang suka daki bukit ni sampai dah macam  pusat membeli belah Yoe rasa sekarang. Bukit Broga ni ketinggiannya 400M dari paras laut. Yoe cadangkan nak naik bukit ni naik pada waktu pagi atau sebelum subuh. Yoe naik pun subuh atas puncak siap berjemaah lagi, best wow angin sempoi-sempoi bahasa sambil tengok pemandangan Sunrise. Sebab bila dah tengahari dia punya panas boleh buat kita rasa nak minum air satu kolam. Lagipun naik sebelum subuh boleh tengok matahari terbit cantik gitu udara pun segar bila masuk lubang hidung tu.

 Bergaya bersama lalang-lalang

 Lepas solat subuh terus bergambar

 Kali kedua Yoe sampai bukit Broga.

Senyum



2)Bukit Bangkong
Bukit Bangkong ni terletak di Tanah Hitam, Chemor. Ketinggian bukit ni rasanya 300M. Naik bukit ni sekejap je tak lama pun rasanya macam sama saja masa mendaki dengan bukit Broga. Bukit ni kalau ada yang nak bawa anak-anak pada hujung minggu atau semasa cuti sekolah pun Yoe rasa bagus sebab tak terlalu penat untuk sampai ke puncak. Sambil beriadah boleh mengeratkan hubungan dengan anak-anak.

 Dah macam budak sekolah bergambar susunan. 


3)Bukit Keluang
Bukit Keluang ni terletak di Besut, Terengganu. Ketinggian Bukit Keluang dari paraslaut 200M sahaja tapi pemandangan dia sangat cantik pada waktu petang sambil melihat lautan biru di hadapan dengan cahaya matahari terbenam sambil memegang tangan isteri dan katakan ‘’Abg ingin berkahwin lagi satu”. Eah eah eah romantikkan sebab senang isteri nak tolak jatuh ke gaung.

 Ni Pantai Bukit Kluang

 Yang ni paham-paham sendiri la tengah buat apa

 Tempat bagus untuk tolak orang yang dibenci. Haha

 Nak senyum pun silau

 Selfie dulu

Benda ni....


4)Bukit Kledang
Bukit Kledang ni  terletak di Mengelembu Ipoh,bukit ni memang kawasan terkenal penduduk sekitar Ipoh mendaki untuk meluangkan masa hujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah. Ketinggian puncak Bukit Kledang ni adalah 800M. masa tengah daki bukit ni korang akan jumpa dengan stesen pemancar TV3 dan juga RTM. Kalau korang dah daki sampai ke stesen pemancar RTM maksudnya korang dah sampai ke puncak Bukit Kledang.


 Segar betul udara atas bukit ni

 Kabus pula kat belakang

 Rehat dan baring


5)Maxwell Hill aka Bukit Larut
Bukit Larut ni terletak di Taiping, Perak. Tinggi bukit ni dalah 1036M. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Masa Yoe naik haritu pun hujan ada turun renyai-renyai. Bukit ni korang ada 2 pilihan untuk sampai ke puncak iaitu mendaki macam biasa menggunakan kedua belah kaki atau menggunakan jeep,jeep ni akan ada orang bawa ke puncak tapi tak best la kalau naik dengan jeep nak turun dengan jeep takpe sebab Yoe pun turun dengan jeep. Bila dah sampai bawah tu apa lagi terus ke kedai Mee Udang Mak Jah la untuk isi perut yang tengah meminta makanan. Perghh best mee dia rugi kalau tak cuba bila dah sampai Taiping tu.

 Muka nak senyum pun tak larat dah

 Rehat jap
 Eah eah eah

Bob Marley cilok


6)Bukit Batu Putih
Pasal Batu Putih ni aci tak kalau Yoe tak cerita kat artikel sini sebab dah pernah cita kat blog ni. Haaa sila tekan sini untuk baca pengalaman naik Bukit Batu Putih ni.


7)Bukit Berekeh
Untuk Bukit Berekeh pun sila ketik di sini untuk membaca pengalaman mendaki bukit Berekeh

8)Bukit Bauk 
Masa belajar kat Terengganu dulu Yoe pernah naik Bukit Bauk. Bukit ini terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Bauk. Ketinggian laluan joging Bukit Bauk adalah 336 meter dari aras laut kalau tak silap selain mendaki kat sini juga boleh melakukan aktiviti berbasikal dan berjogging. Sebab dah terlalu lama dan laptop yang ada gambar masa naik bukit ni rosak jadi semua gambar takde. Walaupun gambar takde kenangan masih tersimpan di hati. cewahh....

9)Bukit Panau 
Bukit yang last ni Yoe naik masa umur darjah 6. Dari darjah 6 sampai ke harini tak pernah naik dah. Bukit Panau ni terletak di laluan Pasir Mas - Tanah Merah di Kampung Bukit Panau. Dengan ketinggian 720 meter dari aras laut, sudah pasti bukit Panau menjanjikan suasana panorama indah ketika matahari terbit.Tak silap Yoe bukit ni ada banyak cerita sejarah tapi lupa dah. Nanti korang yang rajin tu google la. 😁

ps: Kalau ada masa nanti Yoe kongsi pengalaman mendaki gunung pula

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DENGAN KEPALA AIR

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak