Posts

Showing posts from October, 2017

Jangan Cepat Menghukum Seseorang

Assalamualaikum.... Lama dah Yoe tak buka blog ni, dah bersarang dengan sarang Spider-man dah. Hahaha. Malam ni nak tulis tentang seseorang yang suka menilai orang lain tanpa usul periksa. Asalkan dapat peluang terus menghukum dengan mengata. Bak kata Laksamana Sunan dalam novel Bagaikan Puteri "Lebih baik tersalah ampun daripada tersalah hukum" Tanpa kita sedar atau tidak, kadang-kadang kita terlalu cepat menghukum seseorang dengan pelbagai andaian tanpa berfikir dahulu. Mungkin setiap kata-kata kita keluarkan dari mulut boleh menyebabkan seseorang bertambah sedih dan kecewa. Kerana kita hanya fikir diri kita sahaja yang betul tanpa berfikir apa yang dia telah lalui pada hari itu. Macam contoh cerita yang Yoe ingin ceritakan moga kita boleh ambil sebagai pedoman dari kisah ini ~~~~~~~~ Pada suatu hari di sebuah masjid yang berdekatan dengan hospital ada seorang pak cik yang keletihan kerana penat bekerja di hospital. Pak cik ini tujuannya ke masjid untuk menunaik