Posts

Showing posts from February, 2017

Renung Dan Bersyukurlah

Image
Nikmat yang telah Allah kurniakan kepada Yoe sebenarnya terlalu banyak tetapi sifat manusia selalu lupa dan tidak pandai menghargai. Nikmat yang di beri meliputi dari hujung rambut ke hujung kaki, kesihatan, keamanan negara, makanan, udara dan air kalau nak senaraikan satu persatu terlalu banyak. Nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita terlalu besar. Dunia ini, berserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan untuk manusia, tetapi kita masih tidak  dapat bersyukur. Sepasang mata, satu lidah, sepasang telinga, dua tangan dan juga kaki. Mungkin bagi kita yang sihat anggota badan dan tidak ada anggota yang cacat merasakan bahawa berjalan dengan dua kaki adalah perkara yang biasa. Ya, memang bagi kita berdiri dengan dua kaki dan berjalan ni adalah sesuatu yang terlalu biasa dan mudah, padahal ramai manusia yang tidak dapat lakukan perkara yang kita anggap biasa ini, kerana mereka kehilangan sepasang kaki atau cacat sejak lahir. Mungkin bagi kita tidur dengan memejamkan kedua

Sentiasa Muhasabah Diri

Image
Setiap hari  dalam kehidupan kita pelbagai perkara yang kita lakukan, walaupun kita telah menjaga perbuatan supaya tidak melakukan dosa, kita mungkin secara tidak sengaja  atau tanpa sedar telah melakukan kesilapan. Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan,  Ketika harapan dirasakan tidak ada untuk diharapkan, Ketika diri tiada tempat untuk meluahkan dan melepaskan segala resah di jiwa, Usah berputus asa dengan Rahmat Allah teruskan perbaiki diri. Dalam Islam, seluas-luas pintu di dalam ajaran Islam adalah pintu taubat. Allah menyatakan :"Wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit kemudian engkau beristighfar, engkau pohon keampunan daripadaku Aku ampunkan engkau Aku tidak peduli". Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Apabila manusia ingin bertaubat, Allah tidak pernah tanya siapa bapa kamu, siapa mak kamu, siapa datuk mu. Contohnya seperti Abu Jahal yang memerang

Moga Mama Cepat Sembuh

Image
Lama tak update cerita baru kat blog ni. Maklum la sibuk dengan pelajaran, ni pun nak tulis sebab nak bagitahu pasal mama Yoe dari 8/2/2017(RABU)  kena tahan di wad Hospital Lati aka Hospital Pasir Mas. Mama kena tahan di wad sebab paru-paru sebelah kiri ada air. Mama ni memang dah lama rasa letih badan dengan batuk lagipun pergi klinik check kencing manis bacaan glukos 22 kalau tak silap. Keesokannya(KHAMIS) terus buat Left Plueral Tapping untuk kelurkan air dari paru-paru. Ingatkan lepas sahaja buat Left Plueral Tapping boleh rasa gembira sebab air dah buang. Tapi bila x-ray bahagian dada ada lagi air yang duduk dalam paru-paru mama. Harini (13/2/17) mama akan ke hospital Kota Bharu untuk buat Chest Tube.  Oh ya sebab macam mana boleh ada air di sebelah kiri paru-paru mama masih belum tahu tapi sempel dah ambil. mungkin seminggu lagi baru tahu penyebab air boeh berada di situ. Harap sesiapa yang baca coretan aku ni boleh sama-sama doakan mama Yoe cepat sembuh dan keluar dari hos