Posts

Showing posts from November, 2016

Lost World Of Tambun

Image
Assalamualaikum dan hye Harini baru sahaja habis defend dan bentangkan pasal research group aku jadi ada la sikit masa nak update kat blog ni. Aku rajin update blog harini sebab nak cerita pasal 26/11/2016(Sabtu) kitaorang pergi Lost World rasanya ramai dah tahu kat mana waterpark ni. Aku ni belajar kat perak dah 2 tahun setengah. Minggu lepas baru dapat dan teringin ke Lost World. Waterpark ni takde la jauh dari tempat aku belajar. Dalam 10 ke 15 minit je kot. Enam jejaka. Muka gembira semua Pagi tu semua bangun awal lepas je solat subuh terus tak tidur sebab nak siap-siap. Kitaorang gerak lebih kurang pukul 8 pg sebab nak sarapan dulu. Maklum la nak main airkan. Pagi tu aku makan nasi lemak. Pagi-pagi dah makan nasi sebab nak bagi ada tenaga. Kalau makan roti main air sekejap lepas tu lapar balik. Dah habis makan semua pkul 9.30pg sampai kt Lost World untuk beli tiket masuk. Harga tiket masuk ni sebenarnya rm60 seorang. Tapi kalau bawa kad siswa atau kad Watsons dia a

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman tentang mendaki Bukit Berekeh atau pun dikenali juga Bukit Botak. Bukit ni terletak di Kampung Bawong, Sungai Siput. Tinggi bukit ni hanya 454M sahaja dan mempunyai 5 puncak yang perlu didaki. Kitaorang mula daki kalau tak silap dalam pukul 8.40 a.m dan sampai puncak jam 10.15 a.m.  Sepanjang perjalanan nak sampai ke puncak tu memang hijau je  mungkin disebabkan oleh pokok-pokok sawit yang diusahakan penduduk setempat. Sebenarnya aku dan 3 orang rakan yang lain mendaki bukit tu bersama pada awalnya dan sebelum sampai puncak pertama, 2 rakan aku Shah dan Wasim menyuruh aku dan Ilias pergi dahulu sebab dorang dah pernah naik bukit ni dan takut kami sampai puncak tengahari. Sebab aku hajat nak juga tengok awan karpet kalau sempat. PUNCAK PERTAMA dan KEDUA Masa tu aku dan Ilias sampai puncak pertama sama-sama. Bagi aku perjalanan puncak pertama tak penat sangat sebab masih ada pokok-pokok yang be

Movie Review Fantastic Beast and Where To Find Them

Image
Minggu lepas aku tengok movie Fantastic Beast and Where To Find Them yang ditulis oleh J.K.Rowling's. Cerita ni berlaku 70 tahun sebelum kelahiran Harry Potter dan jika korang memang jenis layan movie Harry Potter mesti ada scene Harry Potter membaca buku ni ketika dia mendaftar di Hogwarts yang ditulis oleh ahli sihir Newt Scamander. Plot cerita ni bermula apabila Newt Scamander(Eddie Redmayne) datang ke New York pada tahun 1926 dengan membawa satu beg misteri. Tetapi di New York penyihir bersembunyi dan sangat takut untuk diketahui umum di hadapan "No-Maj". Kisahnya lebih menarik apabila beg yang dibawa oleh Newt terbuka dan menyebabkan masalah kepadanya apabila makhluk jagaannya terlepas. Cerita bertambah menarik apabila Newt dan Jacob( Dan Fogler) memasuki ke dalam beg magis yang dibawa oleh Newt dan bertemu dengan haiwan yang dibawah jagaan Newt.  Cerita ni bagi aku tak bosan disebabkan oleh watak Jacob yang berada  di  Steen National Bank  untuk ur

New Blogger

Image
Assalamualaikum dan selamat tengahari. Tujuan aku buat blog ni sebenarnya untuk kongsi pengalaman hiking, makanan, kehidupan seharian aku. Aku sebenarnya tak la pandai sangat nak olah cerita untuk bagi orang yang baca ni tertarik dengan blog aku. Tapi jangan risau nanti aku cuba buat blog ni macam seorang cikgu Bahasa Melayu mengajar membuat karangan. Sekarang ni pun aku tak tahu nak mengarut apa lagi nak bagi nampak post pertama kat blog aku ni menarik dan tertarik. Oh ya, korang boleh panggil aku Yoe . Ok la setakat ni sahaja coretan aku takut nanti korang jemu pula baca blog aku bila merapu panjang-panjang ni. Ps: Blogger lama dan otai tu boleh la ajar aku sikit-sikit nanti apa yang aku tak tahu.Orang cakap ilmu kalau berkongsi makin bertambah 😆. Lagi satu blog yang lama tak guna dah ni aku sertakan sekali gambar aku yang tak seberapa ni