Movie Review Fantastic Beast and Where To Find Them



Minggu lepas aku tengok movie Fantastic Beast and Where To Find Them yang ditulis oleh J.K.Rowling's.

Cerita ni berlaku 70 tahun sebelum kelahiran Harry Potter dan jika korang memang jenis layan movie Harry Potter mesti ada scene Harry Potter membaca buku ni ketika dia mendaftar di Hogwarts yang ditulis oleh ahli sihir Newt Scamander.

Plot cerita ni bermula apabila Newt Scamander(Eddie Redmayne) datang ke New York pada tahun 1926 dengan membawa satu beg misteri. Tetapi di New York penyihir bersembunyi dan sangat takut untuk diketahui umum di hadapan "No-Maj". Kisahnya lebih menarik apabila beg yang dibawa oleh Newt terbuka dan menyebabkan masalah kepadanya apabila makhluk jagaannya terlepas. Cerita bertambah menarik apabila Newt dan Jacob( Dan Fogler) memasuki ke dalam beg magis yang dibawa oleh Newt dan bertemu dengan haiwan yang dibawah jagaan Newt. 

Cerita ni bagi aku tak bosan disebabkan oleh watak Jacob yang berada di Steen National Bank untuk urusan meminjam wang tetapi ditolak oleh pihak bank dan telah bertemu denga Newt di situ dan juga jalan cerita yang menarik.

Jadi aku bagi cerita ni 4.5/5 bintang. Sementara masih ada di pawagam ni boleh la tengok mesti tak menyesal tengok.

Trailer

Comments

Popular posts from this blog

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak

Pengalaman Mendaki 9 Buah Bukit