Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman tentang mendaki Bukit Berekeh atau pun dikenali juga Bukit Botak.

Bukit ni terletak di Kampung Bawong, Sungai Siput. Tinggi bukit ni hanya 454M sahaja dan mempunyai 5 puncak yang perlu didaki. Kitaorang mula daki kalau tak silap dalam pukul 8.40 a.m dan sampai puncak jam 10.15 a.m. 

Sepanjang perjalanan nak sampai ke puncak tu memang hijau je  mungkin disebabkan oleh pokok-pokok sawit yang diusahakan penduduk setempat. Sebenarnya aku dan 3 orang rakan yang lain mendaki bukit tu bersama pada awalnya dan sebelum sampai puncak pertama, 2 rakan aku Shah dan Wasim menyuruh aku dan Ilias pergi dahulu sebab dorang dah pernah naik bukit ni dan takut kami sampai puncak tengahari. Sebab aku hajat nak juga tengok awan karpet kalau sempat.

PUNCAK PERTAMA dan KEDUA
Masa tu aku dan Ilias sampai puncak pertama sama-sama. Bagi aku perjalanan puncak pertama tak penat sangat sebab masih ada pokok-pokok yang besar untuk tumpang berehat dan elak terkena cahaya matahari. Tapi perjalanan puncak pertama ke puncak kedua memang takde pokok besar yg boleh berlindung dan masa ni aku rasa macam dah dehidrasi sangat dah air pun aku main teguk je asal dapat hilangkan dahaga. 

PUNCAK KETIGA dan KEEMPAT
Dari puncak ketiga aku suruh rakan aku pergi dahulu sebab aku malas nak suruh dia tunggu aku lagi pun masa tu aku dah nampak dah puncak kelima rasa macam dekat je. Dari perjalanan puncak ke-3 sehingga puncak ke-5 ni la aku rasa macam nak kena heat stroke je. Walaupun masa tu jam baru 9 pagi lebih tapi aku rasa bahang panas dia macam aku tengah duk dalam oven yang besar. Aku rasa panas ni sebab takde tempat yang boleh berlindung berteduh jadi waktu tu aku hanya cari lalang-lalang yang panjang dan batu-batu besar untuk aku berlindung dapat lindung kepala sekejap pun jadi la sebab rasa panas gila kepala masa tu. Memang betul orang cakap nak daki bukit ni kena daki awal pagi macam aku daki bukit broga dulu sebab bila dah pukul 9 pagi ke atas memang panas gila. 

PUNCAK KELIMA 
Entah la berapa kali aku berhenti dan minum air dari puncak ke-3 nak menuju puncak ke-5 ni rasa macam nak pitam pun ada masa tu. Pukul 10.15 pagi aku sampai puncak ke-5 tetiba rasa macam ada tenaga balik  bila sampai puncak ni. Masa tu la kau ambil gambar aku, aku ambil gambar kau. Tapi tak banyak mana pun bergambar sebab bila aku buka wassap tengok rakan aku dua orang tu dah tanya kitaorang kat mana sebab dorang tunggu kat puncak ketiga sebab malas teruskan mungkin disebabkan kepanasan dan pernah sampai puncak. Awan karpet memang takde la bila sampai jam 10 pagi ni. Sebab selalunya awan karpet ni muncul awal pagi sahaja yang ada 10 pagi awan tikar je kot. Hahaha

Tengok mata pun dah tahu panas gila

Ni la yang aku cakap awan tikar tu. Takdapat karpet,tikar pun jadi la 😂

MENUJU KE BAWAH
Dah puas bergambar kitaorang pun turun la menuju ke puncak ketiga dan seterusnya. Masa ni aku dah rasa ok sikit entah la dari mana datangnya tenaga tu. Hahaha. Bila dah jumpa kawan kitaorang yang tunggu kat puncak ketiga tu sempat lagi aku buat live video dengan Facebook dan tu kali pertama aku buat live. Sampai kat bawah aku lupa dah jam berapa rasanya sebelum jam 1 tengahari sebab masa turun sekejap je.

Tips Naik Bukit Berekeh
  • Hiking awal pagi kalau boleh sebelum waktu subuh boleh layan sunrise.
  • Pakai topi untuk elakkan cahaya matahari terkena terus ke kulit.
  • Pakai pakaian yang sesuai jangan pakai seluar jeans pula. Kita nak hiking bukan pergi mall.
  • Bawa beg dan isikan air mineral. Sebotol air mineral yang besar tu dah cukup rasanya sebab kalau bawa 2 botol penat pula bawa bila berat.

Jangan mengambil apapun selain gambar, jangan meninggalkan apapun selain jejak, jangan membunuh apapun selain waktu, jangan membakar apapun selain semangat 

Comments

  1. haiii kalau nak naik bukit berekeh tuk pertama kali ok x track nya... selamat tak kalau naik berdua dengan kawan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DENGAN KEPALA AIR

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak