Posts

Showing posts from December, 2016

Dua Filem Animasi Tahun 2016 Yang Wajib Ditonton

Image
  1)Kimi No Na Wa Kimi No Na Wa aka Your Name adalah filem animasi genre romantik fantasi dari Jepun. Cerita ini mengisahkan dua watak dalam filem ini, Taki Tachibana dan Mitsuha Miyamizu. Hari ketika bintang-bintang jatuh, dua kehidupan telah berubah selama-lamanya . Mitsuha dan Taki adalah orang yang tidak mengenali antara satu sama lain dan menjalani kehidupan seharian yang berasingan. Tetapi satu malam, mereka tiba-tiba bertukar tempat. Mitsuha terjaga dalam badan Taki , dan sebaliknya . Kejadian pelik ni terus berlaku secara rawak, dan kedua-duanya mesti menyesuaikan kehidupan mereka antara satu sama lain dan ia berhasil . Mereka membina hubungan dan berkomunikasi melalui nota yang ditinggalkan di telefon . Sehinggalah suatu hari pertukaran itu berhenti dan membuatkan Taki inginkan jawapannya.  2)MOANA Film animasi berjudul “Moana” ini merupakan filem adventure fantasi yang menceritakan tentang Moana Waialiki . Moana adalah se

Cara Hadapi Masalah Yang Kita Alami

Image
Dalam kehidupan kita sering kali kita diuji dengan dugaan dan cabaran yang kita rasa tak mampu untuk menerimanya. kita bertanya kepada diri, apakah hikmah di sebalik dugaan dan cabaran yang kita terima itu? Terlalu berat dugaan  dan penderitaan yang kita terpaksa lalui sehinggakan kita ingin berhenti dan berputus asa. Tapi sebenarnya tanpa kita sedari semuanya telah direncanakan Yang Maha Kuasa dan semua ujian yang kita alami pastinya ada yang terbaik buat diri kita. Cuma sinar cahayanya belum kita dapat melihatnya. Sesetengah orang jika kita lihat, mereka kelihatan seperti kebal dan tidak berasa apa-apa apabila masalah menimpa seperti mana sesetengah orang dapat berjalan kaki di atas jalan batu kerikil tanpa berasa sakit sedikit pun. Jadi aku nak kongsikan beberapa cara untuk menghadapi masalah yang kita sedang hadapi ketika ini. "Ubah cara pemikiran dan kita akan mengubah dunia" - Norman Vincent Peale   Tenangkan Fikiran Benda pertama yang perlu kita lakukan a

Review Filem The Imitation Game (2014)

Image
“Sometimes it is the people no one can imagine anything of who do the things no one can imagine.” -Alan Turing Jika anda tengah menggunakan komputer atau gadget yang canggih sebenarnya semua ni bermula dengan dari sebuah mesin milik pemerintah Inggeris yang telah digunakan masa berlaku Perang Dunia II  dan mesin ini dikenali sebagai mesin Turing. Mesin Turing Movie ni menceritakan tentang Alan Turing(Christopher) seorang ahli matematik yang merupakan orang penting untuk memecahkan kod dari mesin pesan Enigma milik Jerman. Enigma ni memiliki kod yang sangat rumit untuk dipecahkan dan digunakan untuk mengirim pesanan perintah tentera Nazi Jerman. Alan Turing dan beberapa orang rakannya harus memecahkan kod Enigma yang memiliki kemungkinan sebesar  159.000.000.000.000.000.000 kod pengaturan Enigma setiap hari. Cuba bayangkan 10 orang memeriksa satu kod perminit selama 24 jam setiap hari dan tujuh hari setiap minggu dan untuk memecahkan kesemua kod tu ada

TIPS UNTUK MELUPAKAN BEKAS KEKASIH

Image
Berpisah dengan kekasih mungkin adalah hal yang mudah bagi sesetangah orang tetapi yang susahnya adalah untuk melupakan. Susah sebab terlalu banyak kenangan manis antara kita dan dia lalui bersama. Jadi disini aku nak kongsikan tips untuk korang lupakan si dia. 1)Buang kenangan yang si dia beri Membuang semua benda yang pernah si dia beri, mungkin kenangan di kepala susah untuk dilupakan tapi kenangan pemberian barang masih boleh dibuang supaya cepat dapat lupakan si dia. Tapi kalau rasa barangan yang si dia pernah bagi tu mahal dan sangat berharga jangan buang jual sahaja nanti duit hasil  jualan tu boleh la simpan untuk perbelanjaan perkahwinan korang nanti. Hehehe 2)Mencari Kesibukan Sibukkan diri dengan kegiatan baru dan elakkan dari bersendirian kerana boleh membuatkan korang mengingati kembali kepada kenangan dengan si dia, sebaliknya sibukkan diri dengan perkara berfaedah. Contohnya korang boleh sibukkan dengan membuat pertenakan kambing besar-besaran sebab bil

Hubungan Jerawat dan Stress

Image
Ok aku nak cerita pasal 2 biji jerawat kat muka aku ni. Haah mungkin korang cakap 2 biji je pun. Aku nak cerita sebab tak tahu pula yang stress ni boleh menyebabkan jerawat tumbuh kat muka aku ni. Semalam aku kehilangan telefon kesayangan ni. Tak la sayang mana sebenarnya sebab rasanya telefon ni dah boleh letak kat barangan antik. Tapi banyak benda-benda penting yang aku nak dari telefon aku ni. Aku hilang dia selama 21 jam. Aku tahu ada dalam rumah aku tapi bila cari tak jumpa. Mula-mula aku sorang je cari lepas tu adik aku tolong cari sama. Sampaikan mama dengan papa aku pun terjebak sama cari. Yela, sebab duk tengok anak dia kehulu kehilir cari telefon yang hilang. Masa tengah cari tu adik perempuan aku cakap la kat aku "acik, duk cari pah stress lamo kea naik jerawat". Hahaha aku tergelak la juga dia cakap macam tu semalam. Takkan la naik jerawat sebab stress. Aku cari hp semalam sampai 1 pagi dari jam 3 pm hilang tu. Dah puas ikut nasihat adik aku tengahari tu suruh

Lain Orang, Lain Pendapat

Image
Assalamualaikum... Kali ni aku nak taip tentang pendapat orang terhadap diri kita. Tak semua benda kau boleh cerita kat orang sebab tak semua orang akan faham apa yang kita lalui dan kita lakukan. Sebab tahap pemikiran setiap orang berbeza-beza. Macam peribahasa "Lain orang, lain pendapat" yang bermaksud setiap orang mempunyai kesukaannya tersendiri. Teringat macam abg Long aku cakap tentang kayu lama... Ada orang akan cakap supaya buang sahaja kayu lama ni. Kalau simpan benda dah buruk dan mati takde guna juga simpan. Ada orang akan cakap yang kayu ni boleh buat kayu api dan boleh jimatkan gas lebih-lebih lagi bila nak masak dengan jumlah yang banyak. Ada orang akan cakap kayu ni boleh diletakkan dalam akuarium. Mesti cantik bila letak bersama ikan-ikan yang berwarna-warni. Dan ada juga yang akan cakap bentuk kayu ni unik kalau gosok sampai licin. Lepas tu sapu syelek bagi bersinar dan tahan lama jual kat pengumpul barang-barang kayu m

SIM - Sara Is Missing permainan yang agak menakutkan

Image
Sara Is Missing ni permainan percuma dari Monsoon Lab. Permainan bermula apabila anda terjumpa sebuah telefon dan telefon kat dalam dia kosong tapi jangan bimbang anda akan dibantu Recognitive Iconolatry Sistem Pintar (I.R.I.S.) yang akan membantu mencari Sara melalui mesej,email dan video terakhir pemiliknya. Permainan ni akan mengambil alih skrin utama telefon anda dan bertukar menjadi sesuatu yang asing dan menakutkan. Permainan ini akan memaksa anda untuk terus klik melalui kehidupan Sara.  Bagi aku game ni agak seram dan seronok lagi pun sekejap je dah boleh habiskan permainan ni. Korang cuba la main SIM ni mesti ada part korang terjerit-jerit bila main. Nak lagi best pakai headfone atau earfone masa main tu. Oh ya kalau tak silap game SIM ni hanya untuk Android. Ios belum ada lagi untuk download. Ni kat bawah aku tunjuk antara yang aku main.

3 Hari 2 Malam Perak-Kedah-Perlis Part 2

Image
... Sambungan 4/12/2016(Ahad) Kami sampai dalam 12 malam kat hotel. Ok kat sini dia punya wifi berdesup gila laju. Tengok cerita dalam HD pun smooth je. Kat kawasan tu ada dobi layan diri nama Mamabzdobi. Sini pun wifi internet dia laju sambil tunggu mesin siap basuh baju boleh la layan laman sosial dulu. Kat sebelah tu pula ada kedai makan. Aaa molek la sebab perut pun lapar jadi masing-masing order makanan malam tu. Baju dah siap basuh dan perut dah kenyang balik ke bilik untuk tidur. Tapi maklum la internet laju. Semua tidur lambat sebab duk layan internet. Pagi tu kami pergi ke Pantai Merdeka dulu sarapan kat sana. Sebelum ni asyik duk dengar lagu 'Cinta Pantai Merdeka' nak juga tengok tempat macam mana. Tengah seimbangkan badan Dab datang lagi Dah berpeluh satu badan dan puas hati bergambar kami bertolak ke tempat perkahwinan sepupu Shah. Sampai-sampai orang suh makan kat meja makan beradab. Hahaha. Dah la tu rumah sebelah perempuan bukan rumah sepupu Sh

3 Hari 2 Malam Perak-Kedah-Perlis Part 1

Image
2/12/2016(Jumaat) Assalamualaikum dan hye hye hye. Macam dalam tajuk tu la cerita aku nak taip ni. Kami berlima Yoe, Shah, Wasim, Pok yeah dan Faris. Eah kalau aku taip cerita pasal pergi jejalan ni mesti berlima je. Kami plan lepas solat Jumaat. Petang tu terus gerak al maklum la jenis last minute plan. Lepas makan-makan semua dalam pukul 6 pm baru gerak ke destinasi. Berhenti makan, buang hajat dan jam semua dalam pukul 12.30 kami sampai homestay tempat untuk bermalam. Muka happy nak tidur 3/12/2016(Sabtu) Lepas solat subuh semua tidur kejap. Pukul 8 pagi semua dah bangun nak bergambar kat sawah padi. Keluar dari homestay tu dia punya angin pagi sempoi-sempoi bahasa. Masa bergambar kat sawah ni macam-macam gaya ada seluar dengan baju semua kotor. Dab kat sawah Tunjuk muka sikit 5 abdul menjadi orang-orang untuk halau burung Wasim tu kenapa Rehat lepas bergambar Sejam la juga bergambar dan bervideo kat sawah tu. Penat bergambar, perut pun dah la

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak

Image
Assalamualaikum dan hye. Seperti yang dijanjikan pada post sebelum ni. Yoe nak cerita tentang hiking Bukit Batu Putih. Bukit ni kat Gopeng, Perak ya bukan Bukit Batu Putih kat PD ni. Sebab ada dua nama bukit yang sama. Bagi aku dalam banyak-banyak bukit Yoe pernah hiking bukit ni la Yoe rasa paling senang dan sekejap. Naik lebih kurang 20 minit sahaja dari tempat parking. Turun pula Yoe rasa 10 minit je kot. Sesuai sangat yang jenis nak mencuba aktiviti hiking ni sebab bukit ni tak memenatkan sangat dan dia punya jalan nak naik tu tak bahaya. Acah nak jadi tarzan Tengah menikmati alam semulajadi Sempena batu ni la nama bukit ni Yoe rasa. Dalam gambar tu nampak je ok berdiri padahal lutut tengah ketar tu. Hahaha. Bukit ni kalau nak bawa satu keluarga hiking pun ok. Yoe ni pergi dengan kawan jela dulu nak kahwin muda lagi. Hehe Video kami kat atas