Hubungan Jerawat dan Stress

Ok aku nak cerita pasal 2 biji jerawat kat muka aku ni. Haah mungkin korang cakap 2 biji je pun. Aku nak cerita sebab tak tahu pula yang stress ni boleh menyebabkan jerawat tumbuh kat muka aku ni.

Semalam aku kehilangan telefon kesayangan ni. Tak la sayang mana sebenarnya sebab rasanya telefon ni dah boleh letak kat barangan antik. Tapi banyak benda-benda penting yang aku nak dari telefon aku ni. Aku hilang dia selama 21 jam. Aku tahu ada dalam rumah aku tapi bila cari tak jumpa. Mula-mula aku sorang je cari lepas tu adik aku tolong cari sama. Sampaikan mama dengan papa aku pun terjebak sama cari. Yela, sebab duk tengok anak dia kehulu kehilir cari telefon yang hilang.

Masa tengah cari tu adik perempuan aku cakap la kat aku "acik, duk cari pah stress lamo kea naik jerawat". Hahaha aku tergelak la juga dia cakap macam tu semalam. Takkan la naik jerawat sebab stress. Aku cari hp semalam sampai 1 pagi dari jam 3 pm hilang tu. Dah puas ikut nasihat adik aku tengahari tu suruh tidur dulu ingat balik letak mana tapi tak ingat juga bila bangun tidur. Pukul 1 pagi tu aku layan cerita 'Don't Breathe' dulu sebelum tidur. Movie ni aku bagi 7.5 dari 10 bintang. Dah la tengah stress telefon hilang lepas tu tengok movie ni bertambah stress aku. Berdebar betul jalan cerita.

Pagi tu bangun mandi lepas tu solat subuh. Masa tengah mandi tu aku rasa macam ada jerawat kat dahi aku ni sebiji. Hahaha terus teringat yang adik aku cakap semalam kalau stress tumbuh jerawat. Tapi nasib baik la dalam pukul 10 pagi tadi jumpa juga telefon aku kt katil tu. Dah jumpa telefon dengan tak stress pun jerawat keluar lagi. Bomeh pula petang tadi tumbuh yg baru kat dahi ni. Dah la sakit masa sentuh. Adik aku siap tanya "acik sebelum ni tak rajin stress ko? Sebab tak dop jerawat pun. Terus aku jawab "hola, mano rajin stress". Tapi muka aku ni memang jerawat susah nak naik sebab tu aku tak pakai pencuci muka sebab muka dah ok. Jadi tak perlu gatal nak pakai pencuci muka. Bukan nak bangga nak cakap je. Hehehe.

Jadi aku rasa betul bila orang cakap stress boleh menyebabkan jerawat. So kalau nak muka flawless cuci dan bersih dari jerawat kurangkan perkara yang boleh mendatangkan stress.

Assalamualaikum...

ps: aku rasa post aku ni macam takde kebaikan, pelik pun ada aku tulis pasal benda ni. hahahaha. sebab aku tak tahu nak post pasal apa.

twenty one pilots: Stressed Out

Comments

Popular posts from this blog

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak

Pengalaman Mendaki 9 Buah Bukit