Review Filem The Imitation Game (2014)


“Sometimes it is the people no one can imagine anything of who do the things no one can imagine.”

-Alan Turing

Jika anda tengah menggunakan komputer atau gadget yang canggih sebenarnya semua ni bermula dengan dari sebuah mesin milik pemerintah Inggeris yang telah digunakan masa berlaku Perang Dunia II  dan mesin ini dikenali sebagai mesin Turing.

Mesin Turing

Movie ni menceritakan tentang Alan Turing(Christopher) seorang ahli matematik yang merupakan orang penting untuk memecahkan kod dari mesin pesan Enigma milik Jerman. Enigma ni memiliki kod yang sangat rumit untuk dipecahkan dan digunakan untuk mengirim pesanan perintah tentera Nazi Jerman. Alan Turing dan beberapa orang rakannya harus memecahkan kod Enigma yang memiliki kemungkinan sebesar  159.000.000.000.000.000.000 kod pengaturan Enigma setiap hari. Cuba bayangkan 10 orang memeriksa satu kod perminit selama 24 jam setiap hari dan tujuh hari setiap minggu dan untuk memecahkan kesemua kod tu adalah 20 juta tahun. Namun yang lebih merumitkan kod tersebut selalu bertukar setiap hari, tepat jam 12 malam. Sebuah pekerjaan yang mustahil diselesaikan dengan otak manusia. Untuk menyelesaikan tugas tersebut dengan cepat, Alan Turing telah mencipta mesin yang mampu memecah kod Enigma.




Mesin Enigma


The Imitation Game adalah sebuah filem bergenre biographical-historical-thriller. Movie ni diadaptasikan dari sebuah buku bertajuk "Alan Turing: The Enigma" karya Andrew Hodges. Filem dan buku ini berdasarkan dari kisah benar Alan Turing, seorang profesor, mathematician, logician, cryptanalyst, theoretical biologist dan pencipta mesin Turing (bentuk awal sebuah komputer). Jadi aku rasa korang patut tengok movie ni jalan cerita yang menarik dan banyak pengajaran yang boleh di ambil dari movie ni.




Comments

Popular posts from this blog

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak

Pengalaman Mendaki 9 Buah Bukit