3 Hari 2 Malam Perak-Kedah-Perlis Part 2

... Sambungan


4/12/2016(Ahad)
Kami sampai dalam 12 malam kat hotel. Ok kat sini dia punya wifi berdesup gila laju. Tengok cerita dalam HD pun smooth je. Kat kawasan tu ada dobi layan diri nama Mamabzdobi. Sini pun wifi internet dia laju sambil tunggu mesin siap basuh baju boleh la layan laman sosial dulu. Kat sebelah tu pula ada kedai makan. Aaa molek la sebab perut pun lapar jadi masing-masing order makanan malam tu. Baju dah siap basuh dan perut dah kenyang balik ke bilik untuk tidur. Tapi maklum la internet laju. Semua tidur lambat sebab duk layan internet.

Pagi tu kami pergi ke Pantai Merdeka dulu sarapan kat sana. Sebelum ni asyik duk dengar lagu 'Cinta Pantai Merdeka' nak juga tengok tempat macam mana.
Tengah seimbangkan badan

Dab datang lagi

Dah berpeluh satu badan dan puas hati bergambar kami bertolak ke tempat perkahwinan sepupu Shah. Sampai-sampai orang suh makan kat meja makan beradab. Hahaha. Dah la tu rumah sebelah perempuan bukan rumah sepupu Shah. 

Siap duduk atas kerusi pemgantin lagi

Siakap 3 rasa

Pelahap tapai yang diambil kat majlis tadi

Tengahari sikit baru bertolak balik ke Perak. Tapi kita singgah dulu makan Mee Udang Mak Jah. Pertama kali makan masa naik Bukit Larut aka Maxwell Hill. Kali kedua datang lepas makan durian masa musim durian tapi kecewa sebab tutup. Ni kira aku kali ketiga la. 
Muka lapar

Happy makanan sampai

Pelahap

Mee udang dan sotong special

Jam 9.30pm baru sampai kat kolej. Bila dah sampai kat kolej ni kena la pikir pasal masuk kelas.

Lagu yang aku suka dengar 3Hari2Malam
Selamat Malam Rohingya

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak

Pengalaman Mendaki 9 Buah Bukit