3 Hari 2 Malam Perak-Kedah-Perlis Part 1

2/12/2016(Jumaat)

Assalamualaikum dan hye hye hye. Macam dalam tajuk tu la cerita aku nak taip ni. Kami berlima Yoe, Shah, Wasim, Pok yeah dan Faris. Eah kalau aku taip cerita pasal pergi jejalan ni mesti berlima je.

Kami plan lepas solat Jumaat. Petang tu terus gerak al maklum la jenis last minute plan. Lepas makan-makan semua dalam pukul 6 pm baru gerak ke destinasi. Berhenti makan, buang hajat dan jam semua dalam pukul 12.30 kami sampai homestay tempat untuk bermalam.
Muka happy nak tidur


3/12/2016(Sabtu)
Lepas solat subuh semua tidur kejap. Pukul 8 pagi semua dah bangun nak bergambar kat sawah padi. Keluar dari homestay tu dia punya angin pagi sempoi-sempoi bahasa. Masa bergambar kat sawah ni macam-macam gaya ada seluar dengan baju semua kotor.
Dab kat sawah

Tunjuk muka sikit

5 abdul menjadi orang-orang untuk halau burung

Wasim tu kenapa

Rehat lepas bergambar

Sejam la juga bergambar dan bervideo kat sawah tu. Penat bergambar, perut pun dah lapar. Jadi kami sarapan dekat kedai makan yang tak jauh dengan homestay.

Balik sarapan tu rehat-rehat kejap lepas tu siap-siap nak keluar pukul 11 pagi. Sebab plan nak pergi Padang Besar. Sini tak tahu nak cerita apa. Hahaha. Tapi harga pakaian ok la murah. Paling best ayam yang bakar ni. Aku tak tahu la nama apa. Satu cucuk rm1 beli rm5 dapat 6 cucuk. Haaa kan untung 1 cucuk tu.
Ni best. Aish ada juga yang lupa kempiskan perut. Siapa la

Jeruk asam boi

Tengah pilih jersi ke tu

Banyak lagi barangan lain 

Dah habis membeli dan belah kat situ kami pergi ke Gua Kelam. Gua Kelam ni merupakan sebuah gua batu kapur. Kat sini nak masuk parking kena bayar rm1 untuk sebuah kereta. Lepas tu nak masuk dalam gua kena bayar rm1 untuk dewasa dan rm0.50sen  untuk kanak-kanak. Ok la kena bayar rm1 mungkin untuk jaga tempat tu juga dengan duit tu.
Gua kelam sekelam gambar

Ni tak kelam pula


Ni pun dalam gua juga. Hahaha


Gerak ke Mona Ikan Bakar sebab plan ke sini sebab seafood dia. Mona ikan bakar ni boleh dikatakan famous kat Kuala Perlis. Harga pun masih reasonable dan sedap kat tekak bila makan. Lepas makan tu bajet dah rm15p semua makanan tu. Tapi bila nak bayar rm106 sahaja. Siap diskaun lagi rm6. Jadi rm100 je kami kena bayar sekali dengan air. Maksudnya seorang kena bayar rm20 sahaja. Murah weh makan seafood harga macam ni.
Dapat makan je muka happy

Ni la seafood tu. Bajet rm150 tapi lagi murah

Lepas tu pergi Masjid Terapung Al-Hussin untuk solat. Kat sini bila waktu senja memang cantik lepas semua lampu kat masjid tu menyala.
Bakal suami pilihan. Haha


Sepatutnya lepas solat terus balik ke Perak. Tapi disebabkan Shah nak pergi kenduri sepupu dia jadi kita duduk lagi sehari. Alang-alang tu kami tengok movie Underworld kat Aman Central. Lepas habis tengok tu gerak ke tempat untuk kami tidur.

Bersambung...




Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DENGAN KEPALA AIR

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak