Kisah Teladan The Giving Tree

Pada suatu masa dahulu, terdapat sepohon pokok epal yang sangat besar. Pokok epal ini mempunyai  kawan yang sangat rapat iaitu seorang kanak-kanak lelaki kecil. Budak lelaki ini sentiasa datang untuk bermain dengan pokok epal dan menghabiskan masanya dengan pokok epal. Dia akan memanjat pada batang pokok epal dan bergayut dari dahan pokok untuk bermain. Jika budak lelaki itu berasa lapar dan dahaga dia akan memetik buah epal untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaganya, bila telah penat bermain dia akan berteduh dan berehat di bawah teduhan rimbunan daun pokok epal. Pokok epal sangat gembira  kerana dapat bermain dengan budak lelaki itu setiap hari tanpa rasa bosan sedikitpun.

Satu hari, pokok itu terkejut melihat kanak-kanak itu menghampiri dengan wajah yang sedih. Pokok itu berkata "Datang sini dan bermainlah dengan saya" dan budak lelaki itu menjawab sambil menjerit "Saya bukan lagi budak kecil yang bermain dan menghabiskan masa dengan kamu sepanjang hari". Budak lelaki itu berkata lagi "Saya mahukan barang mainan dan bersenang-senang, saya perlukan wang untuk memenuhinya". Pokok epal itu membalas " Maaf, saya tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada kamu, tetapi kamu boleh ambil semua buah epal dan  jualnya di bandar". Budak lelaki itu terus memanjat batang pokok epal untuk mengambil semua buah epal dari pokoknya. Selesai sahaja mengambil kesemua buah,budak lelaki itu meninggalkan pokok epal dengan gembira kerana akan memperoleh wang yang banyak jika dapat jual kesemua buah itu.

Tahun demi tahun berlalu dan buda lelaki itu telah lama tidak datang berjumpa dengannya. Suatu pagi, pokok epal melihat kawannya budak lelaki yang telah membesar menjadi seorang lelaki dewasa. Pokok itu berkata "Datang sini dan bermainlah dengan saya" dan lelaki itu membalas "Saya tidak boleh bermain, saya mempunyai keluarga sekarang. Kami memerlukan rumah untuk berteduh dan berlindung. Boleh kamu  menolong saya?". Pokok itu membalas sambil tersenyum "Maaf, saya tidak mempunyai rumah kerana hutan ini adalah rumah saya, tetapi kamu boleh memotong dahan saya untuk bina rumah kamu". Lelaki itu telah memotong kesemua dahan dan meninggalkan pokok itu dengan senyuman. Pokok epal gembira melihat kawannya tersenyum dan tahun berlalu tahun pokok epal ditinggalkan kembali oleh lelaki itu.

Suatu petang, lelaki itu datang ke arah pokok epal dan pokok epal berkata "Datang sini dan bermainlah dengan saya". Lelaki itu membalas "Saya telah tua dan saya mahu berlayar untuk menenangkan diri saya. Boleh kamu bagi saya bot?". Pokok itu membalas "Sila gunakan batang saya untuk membina bot kamu" dan lelaki itu telah berlayar dan tidak datang untuk berjumpa pokok epal itu dalam waktu yang lama.

Lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun. Pokok epal terus berkata dengan nada sedih "Maafkan saya kawan, saya tidak ada apa-apa untuk diberikan kepada kamu. Tiada lagi buah epal untuk kamu makan, tiada lagi dahan untuk kamu bergayut dan tiada lagi batang untuk kamu panjat". Lelaki itu membalas "Tidak apa, saya tidak mempunyai gigi untuk mengigit, saya terlalu tua untuk bergayut di dahan kamu  dan saya tidak mempunyai tenaga untuk memanjat batang kamu". Lelaki itu berkata lagi "Saya hanya mahukan tempat untuk berehat setelah penat selama ini". "Akar pokok tua adalah tempat terbaik untuk kamu bersandar, datang sini dan duduk di atas saya untuk kamu berehat". Lelaki itu duduk di atas akar yang tua itu,pokok epal berasa sangat gembira dan tersenyum dengan air mata kerana terlalu gembira.


Ini adalah kisah setiap orang. Pokok itu adalah seperti ibu bapa kita. Ketika kita masih kecil, kita tidak dapat membayangkan hidup kita tanpa mereka, tetapi bila kita sudah meningkat dewasa kita meninggalkan mereka. Tetapi kita perlu ingat, ibu bapa kita akan sentiasa memberi sokongan,berdoa dan memberi kita segala-galanya untuk membuat kita gembira.

Plain White T's- The Giving Tree
 "The Giving Tree"


All the leaves on the Giving Tree have fallen
No shade to crawl in underneath
I've got scars from a pocket knife
Where you carved your heart into me

If all you wanted was love
Why would you use me up
Cut me down, build a boat, and sail away
When all I wanted to be was your giving tree
Settle down, build a home, and make you happy?

I lie in the dead of night and I wonder
Whose covers you're between
And it's sad laying in his bed
You feel hollow, so you crawl home back to me

If all you wanted was love
Why would you use me up
Cut me down, build a boat, and sail away
When all I wanted to be was your giving tree
Settle down, build a home, and make you happy?

Well, I see a trail that starts
A line of broken hearts behind you
That lead you back to me
The once sad and lonely fool
With nothing left but roots to show, oh

If all you wanted was love
Why would you use me up
Cut me down, build a boat, and sail away
When all I wanted to be was your giving tree
Settle down, build a home, and make you happy?
Settle down, build a home, and make you happy?

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DENGAN KEPALA AIR

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak