Posts

Renung Dan Bersyukurlah

Image
Nikmat yang telah Allah kurniakan kepada Yoe sebenarnya terlalu banyak tetapi sifat manusia selalu lupa dan tidak pandai menghargai. Nikmat yang di beri meliputi dari hujung rambut ke hujung kaki, kesihatan, keamanan negara, makanan, udara dan air kalau nak senaraikan satu persatu terlalu banyak. Nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita terlalu besar. Dunia ini, berserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan untuk manusia, tetapi kita masih tidak  dapat bersyukur. Sepasang mata, satu lidah, sepasang telinga, dua tangan dan juga kaki. Mungkin bagi kita yang sihat anggota badan dan tidak ada anggota yang cacat merasakan bahawa berjalan dengan dua kaki adalah perkara yang biasa. Ya, memang bagi kita berdiri dengan dua kaki dan berjalan ni adalah sesuatu yang terlalu biasa dan mudah, padahal ramai manusia yang tidak dapat lakukan perkara yang kita anggap biasa ini, kerana mereka kehilangan sepasang kaki atau cacat sejak lahir. Mungkin bagi kita tidur dengan memejamkan k...

Sentiasa Muhasabah Diri

Image
Setiap hari  dalam kehidupan kita pelbagai perkara yang kita lakukan, walaupun kita telah menjaga perbuatan supaya tidak melakukan dosa, kita mungkin secara tidak sengaja  atau tanpa sedar telah melakukan kesilapan. Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan,  Ketika harapan dirasakan tidak ada untuk diharapkan, Ketika diri tiada tempat untuk meluahkan dan melepaskan segala resah di jiwa, Usah berputus asa dengan Rahmat Allah teruskan perbaiki diri. Dalam Islam, seluas-luas pintu di dalam ajaran Islam adalah pintu taubat. Allah menyatakan :"Wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit kemudian engkau beristighfar, engkau pohon keampunan daripadaku Aku ampunkan engkau Aku tidak peduli". Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Apabila manusia ingin bertaubat, Allah tidak pernah tanya siapa bapa kamu, siapa mak kamu, siapa datuk mu. Contohnya seperti Abu Jahal yang meme...

Moga Mama Cepat Sembuh

Image
Lama tak update cerita baru kat blog ni. Maklum la sibuk dengan pelajaran, ni pun nak tulis sebab nak bagitahu pasal mama Yoe dari 8/2/2017(RABU)  kena tahan di wad Hospital Lati aka Hospital Pasir Mas. Mama kena tahan di wad sebab paru-paru sebelah kiri ada air. Mama ni memang dah lama rasa letih badan dengan batuk lagipun pergi klinik check kencing manis bacaan glukos 22 kalau tak silap. Keesokannya(KHAMIS) terus buat Left Plueral Tapping untuk kelurkan air dari paru-paru. Ingatkan lepas sahaja buat Left Plueral Tapping boleh rasa gembira sebab air dah buang. Tapi bila x-ray bahagian dada ada lagi air yang duduk dalam paru-paru mama. Harini (13/2/17) mama akan ke hospital Kota Bharu untuk buat Chest Tube.  Oh ya sebab macam mana boleh ada air di sebelah kiri paru-paru mama masih belum tahu tapi sempel dah ambil. mungkin seminggu lagi baru tahu penyebab air boeh berada di situ. Harap sesiapa yang baca coretan aku ni boleh sama-sama doakan mama Yoe cepat sembuh dan keluar...

PENGALAMAN DENGAN KEPALA AIR

Image
Musim hujan ni aku tak nak taip panjang-panjang, cuma nak masukkan gambar dengan video aku yang pernah viral pada tahun 2015. Ni first time try kamera yang baru aku beli kat tempat air. Boleh pula viral gambar ni   Sebelum naik jambatan   Masa ni rasa takjub je tengok kepala air depan mata ni  Kasi tunjuk sikit jambatan  Dah macam Tea O Beng Muka gembira minum Tea O Beng Video kepala air yang sempat aku rakam ps: xdapat tengok sini kat instagram aku ada taip @lewarii Antara page yang viralkan gambar kami HIMPUNAN CERITA LAWAK HCL    SIAKAP KELI PRESS   HIKING & CAMPING AROUND MALAYSIA HACAM   PERAK TODAY FIZO OMAR  DARI TWITTER SENDIRI Jadi Yoe nak pesan kalau boleh musim hujan ni elakkan melakukan aktiviti seperti hiking, pantai dan sungai. 

REVIEW FILEM DRISHYAM (2015)

Image
Filem Drishyam pada tahun 2015 ni adalah remake dari filem asal yang bertajuk sama pada tahun 2013. Filem ni sangat menarik walaupun Yoe tengok yang remake je. Filem ni tak menekankan kisah percintaan antara kekasih tapi lebih kepada seorang ayah cuba melindungi keluarganya dari masalah yang telah dihadapi mereka. Watak utama di filem ini adalah Vijay Salgaonkar (Ajay Devgn) seorang lelaki yang biasa cuba melindungi keluarganya. Filem ni tidak menpunyai aksi yang ganas yang memerlukan efek komputer yang canggih tetapi lebih kepada konflik yang membuatkan kita sentiasa tertanya "eah macam mana dia buat" dan membuat kita tidak sabar untuk mengetahui cara dia lakukan.   Vijay tinggal dengan isterinya, Nandini (Shriya Saran) dan dua orang anak perempuannya Anju Salgaonkar (Ishita Dutta) dan Anu Salgaonkar (Mrunal Jadhav). Vijay boleh dikatakan seorang kaki movie kerana suka menonton movie. Vijay Salgaonkar sangat terkenal bersifat ramah dengan setiap orang dan sangat m...

Dua Filem Animasi Tahun 2016 Yang Wajib Ditonton

Image
  1)Kimi No Na Wa Kimi No Na Wa aka Your Name adalah filem animasi genre romantik fantasi dari Jepun. Cerita ini mengisahkan dua watak dalam filem ini, Taki Tachibana dan Mitsuha Miyamizu. Hari ketika bintang-bintang jatuh, dua kehidupan telah berubah selama-lamanya . Mitsuha dan Taki adalah orang yang tidak mengenali antara satu sama lain dan menjalani kehidupan seharian yang berasingan. Tetapi satu malam, mereka tiba-tiba bertukar tempat. Mitsuha terjaga dalam badan Taki , dan sebaliknya . Kejadian pelik ni terus berlaku secara rawak, dan kedua-duanya mesti menyesuaikan kehidupan mereka antara satu sama lain dan ia berhasil . Mereka membina hubungan dan berkomunikasi melalui nota yang ditinggalkan di telefon . Sehinggalah suatu hari pertukaran itu berhenti dan membuatkan Taki inginkan jawapannya.  2)MOANA Film animasi berjudul “Moana” ini merupakan filem adventure fantasi yang menceritakan tentang Moana Waialiki . Moana ...

Cara Hadapi Masalah Yang Kita Alami

Image
Dalam kehidupan kita sering kali kita diuji dengan dugaan dan cabaran yang kita rasa tak mampu untuk menerimanya. kita bertanya kepada diri, apakah hikmah di sebalik dugaan dan cabaran yang kita terima itu? Terlalu berat dugaan  dan penderitaan yang kita terpaksa lalui sehinggakan kita ingin berhenti dan berputus asa. Tapi sebenarnya tanpa kita sedari semuanya telah direncanakan Yang Maha Kuasa dan semua ujian yang kita alami pastinya ada yang terbaik buat diri kita. Cuma sinar cahayanya belum kita dapat melihatnya. Sesetengah orang jika kita lihat, mereka kelihatan seperti kebal dan tidak berasa apa-apa apabila masalah menimpa seperti mana sesetengah orang dapat berjalan kaki di atas jalan batu kerikil tanpa berasa sakit sedikit pun. Jadi aku nak kongsikan beberapa cara untuk menghadapi masalah yang kita sedang hadapi ketika ini. "Ubah cara pemikiran dan kita akan mengubah dunia" - Norman Vincent Peale   Tenangkan Fikiran Benda pertama yang perlu kita lakuk...