Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak
Assalamualaikum dan hye. Seperti yang dijanjikan pada post sebelum ni. Yoe nak cerita tentang hiking Bukit Batu Putih. Bukit ni kat Gopeng, Perak ya bukan Bukit Batu Putih kat PD ni. Sebab ada dua nama bukit yang sama. Bagi aku dalam banyak-banyak bukit Yoe pernah hiking bukit ni la Yoe rasa paling senang dan sekejap. Naik lebih kurang 20 minit sahaja dari tempat parking. Turun pula Yoe rasa 10 minit je kot. Sesuai sangat yang jenis nak mencuba aktiviti hiking ni sebab bukit ni tak memenatkan sangat dan dia punya jalan nak naik tu tak bahaya. Acah nak jadi tarzan Tengah menikmati alam semulajadi Sempena batu ni la nama bukit ni Yoe rasa. Dalam gambar tu nampak je ok berdiri padahal lutut tengah ketar tu. Hahaha. Bukit ni kalau nak bawa satu keluarga hiking pun ok. Yoe ni pergi dengan kawan jela dulu nak kahwin muda lagi. Hehe Video kami kat atas