Sentiasa Muhasabah Diri
Setiap hari dalam kehidupan kita pelbagai perkara yang kita lakukan, walaupun kita telah menjaga perbuatan supaya tidak melakukan dosa, kita mungkin secara tidak sengaja atau tanpa sedar telah melakukan kesilapan. Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan, Ketika harapan dirasakan tidak ada untuk diharapkan, Ketika diri tiada tempat untuk meluahkan dan melepaskan segala resah di jiwa, Usah berputus asa dengan Rahmat Allah teruskan perbaiki diri. Dalam Islam, seluas-luas pintu di dalam ajaran Islam adalah pintu taubat. Allah menyatakan :"Wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit kemudian engkau beristighfar, engkau pohon keampunan daripadaku Aku ampunkan engkau Aku tidak peduli". Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Apabila manusia ingin bertaubat, Allah tidak pernah tanya siapa bapa kamu, siapa mak kamu, siapa datuk mu. Contohnya seperti Abu Jahal yang meme...