Posts

Showing posts with the label malaysia

SIM - Sara Is Missing permainan yang agak menakutkan

Image
Sara Is Missing ni permainan percuma dari Monsoon Lab. Permainan bermula apabila anda terjumpa sebuah telefon dan telefon kat dalam dia kosong tapi jangan bimbang anda akan dibantu Recognitive Iconolatry Sistem Pintar (I.R.I.S.) yang akan membantu mencari Sara melalui mesej,email dan video terakhir pemiliknya. Permainan ni akan mengambil alih skrin utama telefon anda dan bertukar menjadi sesuatu yang asing dan menakutkan. Permainan ini akan memaksa anda untuk terus klik melalui kehidupan Sara.  Bagi aku game ni agak seram dan seronok lagi pun sekejap je dah boleh habiskan permainan ni. Korang cuba la main SIM ni mesti ada part korang terjerit-jerit bila main. Nak lagi best pakai headfone atau earfone masa main tu. Oh ya kalau tak silap game SIM ni hanya untuk Android. Ios belum ada lagi untuk download. Ni kat bawah aku tunjuk antara yang aku main.

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman tentang mendaki Bukit Berekeh atau pun dikenali juga Bukit Botak. Bukit ni terletak di Kampung Bawong, Sungai Siput. Tinggi bukit ni hanya 454M sahaja dan mempunyai 5 puncak yang perlu didaki. Kitaorang mula daki kalau tak silap dalam pukul 8.40 a.m dan sampai puncak jam 10.15 a.m.  Sepanjang perjalanan nak sampai ke puncak tu memang hijau je  mungkin disebabkan oleh pokok-pokok sawit yang diusahakan penduduk setempat. Sebenarnya aku dan 3 orang rakan yang lain mendaki bukit tu bersama pada awalnya dan sebelum sampai puncak pertama, 2 rakan aku Shah dan Wasim menyuruh aku dan Ilias pergi dahulu sebab dorang dah pernah naik bukit ni dan takut kami sampai puncak tengahari. Sebab aku hajat nak juga tengok awan karpet kalau sempat. PUNCAK PERTAMA dan KEDUA Masa tu aku dan Ilias sampai puncak pertama sama-sama. Bagi aku perjalanan puncak pertama tak penat sangat sebab masih ada pokok-poko...