Posts

Showing posts with the label motivasi diri.positif.fikiran positif

Renung Dan Bersyukurlah

Image
Nikmat yang telah Allah kurniakan kepada Yoe sebenarnya terlalu banyak tetapi sifat manusia selalu lupa dan tidak pandai menghargai. Nikmat yang di beri meliputi dari hujung rambut ke hujung kaki, kesihatan, keamanan negara, makanan, udara dan air kalau nak senaraikan satu persatu terlalu banyak. Nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita terlalu besar. Dunia ini, berserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan untuk manusia, tetapi kita masih tidak  dapat bersyukur. Sepasang mata, satu lidah, sepasang telinga, dua tangan dan juga kaki. Mungkin bagi kita yang sihat anggota badan dan tidak ada anggota yang cacat merasakan bahawa berjalan dengan dua kaki adalah perkara yang biasa. Ya, memang bagi kita berdiri dengan dua kaki dan berjalan ni adalah sesuatu yang terlalu biasa dan mudah, padahal ramai manusia yang tidak dapat lakukan perkara yang kita anggap biasa ini, kerana mereka kehilangan sepasang kaki atau cacat sejak lahir. Mungkin bagi kita tidur dengan memejamkan k...

Cara Hadapi Masalah Yang Kita Alami

Image
Dalam kehidupan kita sering kali kita diuji dengan dugaan dan cabaran yang kita rasa tak mampu untuk menerimanya. kita bertanya kepada diri, apakah hikmah di sebalik dugaan dan cabaran yang kita terima itu? Terlalu berat dugaan  dan penderitaan yang kita terpaksa lalui sehinggakan kita ingin berhenti dan berputus asa. Tapi sebenarnya tanpa kita sedari semuanya telah direncanakan Yang Maha Kuasa dan semua ujian yang kita alami pastinya ada yang terbaik buat diri kita. Cuma sinar cahayanya belum kita dapat melihatnya. Sesetengah orang jika kita lihat, mereka kelihatan seperti kebal dan tidak berasa apa-apa apabila masalah menimpa seperti mana sesetengah orang dapat berjalan kaki di atas jalan batu kerikil tanpa berasa sakit sedikit pun. Jadi aku nak kongsikan beberapa cara untuk menghadapi masalah yang kita sedang hadapi ketika ini. "Ubah cara pemikiran dan kita akan mengubah dunia" - Norman Vincent Peale   Tenangkan Fikiran Benda pertama yang perlu kita lakuk...