Cara Hadapi Masalah Yang Kita Alami

Dalam kehidupan kita sering kali kita diuji dengan dugaan dan cabaran yang kita rasa tak mampu untuk menerimanya. kita bertanya kepada diri, apakah hikmah di sebalik dugaan dan cabaran yang kita terima itu? Terlalu berat dugaan  dan penderitaan yang kita terpaksa lalui sehinggakan kita ingin berhenti dan berputus asa. Tapi sebenarnya tanpa kita sedari semuanya telah direncanakan Yang Maha Kuasa dan semua ujian yang kita alami pastinya ada yang terbaik buat diri kita. Cuma sinar cahayanya belum kita dapat melihatnya.

Sesetengah orang jika kita lihat, mereka kelihatan seperti kebal dan tidak berasa apa-apa apabila masalah menimpa seperti mana sesetengah orang dapat berjalan kaki di atas jalan batu kerikil tanpa berasa sakit sedikit pun. Jadi aku nak kongsikan beberapa cara untuk menghadapi masalah yang kita sedang hadapi ketika ini.



"Ubah cara pemikiran dan kita akan mengubah dunia"
- Norman Vincent Peale  
Tenangkan Fikiran
Benda pertama yang perlu kita lakukan adalah hadapi dengan tenang masalah yang kita lalui. Ya,memang ketika sedang hadapi masalah membuatkan fikiran kita berserabut. Tetapi kita kena berusaha untuk tenang untuk mencari jalan penyelesaian yang sedang dialami kerana dalam keadaan yang marah dan serabut boleh menyebabkan keadaan lebih buruk.Keadaan yang tenang akan membuatkan kita berfikiran lebih positif dan kita untuk tidak membuat keputusan dan tindakan yang tergesa-gesa. Tindakan dan keputusan yang tergesa-gesa selalunya adalah keputusan yang datang dari pemikiran yang tidak matang dan mungkin boleh menyebabkan masalah baru datang.

Positif
Sentiasa berfikiran positif bahawa hari ini adalah milik kita. Apa sahaja yang akan berlaku baik atau buruk, pada haritu ia sudah ditentukan. Kita tidak boleh mengubah apa yang berlaku pada masa itu dan kita tidak boleh menariknya kembali tapi kita boleh mencari jalan penyelesaian baru untuk masalah yang kita hadapi. Dalam konsep kehidupan ini lumrahnya cuma ada dua arah.

Jika tidak gelap itu bermakna terang,
Jika tidak dibawah itu bermakna diatas,
Jika tidak hidup itu bermakna mati,

Jadi setiap masalah sudah tentu ada penyelesaiannya kerana setiap Yang Maha Kuasa ciptakan didunia ini secara berpasangan.

Gunakan Fikiran Rasional
Ramai orang yang lebih suka mengunakan emosi dari fikiran yang rasional ketika menghadapi masalah. Seperti yang telah saya katakan tadi ini akan lebih membuatkan keadaan bertambah suakr dan mungkin masalah baru akan datang. Masalah tidak akan selesai dengan sendirinya sebab itu Allah telah memberi manusia otak dan akal fikiran yang menakjubkan. Sebenarnya masalah yang kita hadapi mempunyai banyak jalan penyelesaiannyav dan tidak semua kitatahu apa yang perlu kita lakukan hanya mencuba untuk mencari jalan keluar dan berfikiran kreatif.

Berdoa
Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan jika Allah berkehendak. Jadi, mintalah pertolongan Allah. Ini bukan pelengkap, tetapi hal yang utama yang harus kita lakukan ketika menghadapi masalah. Tidak ada yang boleh  menghalangi atau menghentikan jika Allah sudah berkehendak. Kadang-kadang kita merasakan yang masalah yang kita hadapi tiada jalan penyelesaiannya. Tiada masalah yang tiada penyelesaian kita cuma perlu berusaha dan berdoa untuk mencari jalan keluar dari masalah. Allah tidak pernah menguji kita lebih daripada apa yang mampu kita tangani.

  
Sini aku kongsikan video yang boleh dikatakan aku sentiasa tengok bila rasa sedih


Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DENGAN KEPALA AIR

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak

Mengejar Sunrise Bukit Panau, Kelantan