Lain Orang, Lain Pendapat

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak taip tentang pendapat orang terhadap diri kita. Tak semua benda kau boleh cerita kat orang sebab tak semua orang akan faham apa yang kita lalui dan kita lakukan. Sebab tahap pemikiran setiap orang berbeza-beza. Macam peribahasa "Lain orang, lain pendapat" yang bermaksud setiap orang mempunyai kesukaannya tersendiri.

Teringat macam abg Long aku cakap tentang kayu lama...



Ada orang akan cakap supaya buang sahaja kayu lama ni. Kalau simpan benda dah buruk dan mati takde guna juga simpan.






Ada orang akan cakap yang kayu ni boleh buat kayu api dan boleh jimatkan gas lebih-lebih lagi bila nak masak dengan jumlah yang banyak.






Ada orang akan cakap kayu ni boleh diletakkan dalam akuarium. Mesti cantik bila letak bersama ikan-ikan yang berwarna-warni.





Dan ada juga yang akan cakap bentuk kayu ni unik kalau gosok sampai licin. Lepas tu sapu syelek bagi bersinar dan tahan lama jual kat pengumpul barang-barang kayu mesti dapat buat duit.





Sebab tu kalau kita jumpa orang cuba diam sekejap dan dengar dia bercakap... baru kita tahu ke arah mana pemahaman dia. IQ dia boleh matang disebabkan pengalaman atau disebabkan bila tengok kehidupan orang lain. Dua orang jenis ni matangnya lain.





Macam pisang
Pisang masak di pokok dengan masak diperam lain kualitinya walaupun kedua-dua dah masak.





Jadi bagi aku kita boleh menceritakan kesedihan dan kegembiraan kita pada orang lain dan boleh juga meminta pendapat mereka tetapi keputusan diri sendiri adalah yang paling terbaik.


“They’ll judge it like they know about me and you”

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DENGAN KEPALA AIR

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak

Mengejar Sunrise Bukit Panau, Kelantan