Posts

Showing posts with the label tanah

Pengalaman Mendaki 9 Buah Bukit

Image
Mesti ramai yang mempunyai hobi untuk mendaki bukit dan gunung kalau boleh semua bukit dan gunung kita nak daki bila ada minat tu sebab pengalaman ni bukan semua orang boleh rasa. Betul tak para hikers semua? Jadi untuk post kali ini Yoe nak cerita sedikit pengalaman tentang hiking ni. 1)Bukit Broga Broga Hill atau dikenali sebagai Bukit Broga. Bukit ni terletak di Semenyih dan sangat terkenal dengan tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Oleh sebab, terlalu ramai orang yang suka daki bukit ni sampai dah macam   pusat membeli belah Yoe rasa sekarang. Bukit Broga ni ketinggiannya 400M dari paras laut. Yoe cadangkan nak naik bukit ni naik pada waktu pagi atau sebelum subuh. Yoe naik pun subuh atas puncak siap berjemaah lagi, best wow angin sempoi-sempoi bahasa sambil tengok pemandangan Sunrise . Sebab bila dah t...