Posts

Showing posts with the label hiking

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman tentang mendaki Bukit Berekeh atau pun dikenali juga Bukit Botak. Bukit ni terletak di Kampung Bawong, Sungai Siput. Tinggi bukit ni hanya 454M sahaja dan mempunyai 5 puncak yang perlu didaki. Kitaorang mula daki kalau tak silap dalam pukul 8.40 a.m dan sampai puncak jam 10.15 a.m.  Sepanjang perjalanan nak sampai ke puncak tu memang hijau je  mungkin disebabkan oleh pokok-pokok sawit yang diusahakan penduduk setempat. Sebenarnya aku dan 3 orang rakan yang lain mendaki bukit tu bersama pada awalnya dan sebelum sampai puncak pertama, 2 rakan aku Shah dan Wasim menyuruh aku dan Ilias pergi dahulu sebab dorang dah pernah naik bukit ni dan takut kami sampai puncak tengahari. Sebab aku hajat nak juga tengok awan karpet kalau sempat. PUNCAK PERTAMA dan KEDUA Masa tu aku dan Ilias sampai puncak pertama sama-sama. Bagi aku perjalanan puncak pertama tak penat sangat sebab masih ada pokok-poko...

New Blogger

Image
Assalamualaikum dan selamat tengahari. Tujuan aku buat blog ni sebenarnya untuk kongsi pengalaman hiking, makanan, kehidupan seharian aku. Aku sebenarnya tak la pandai sangat nak olah cerita untuk bagi orang yang baca ni tertarik dengan blog aku. Tapi jangan risau nanti aku cuba buat blog ni macam seorang cikgu Bahasa Melayu mengajar membuat karangan. Sekarang ni pun aku tak tahu nak mengarut apa lagi nak bagi nampak post pertama kat blog aku ni menarik dan tertarik. Oh ya, korang boleh panggil aku Yoe . Ok la setakat ni sahaja coretan aku takut nanti korang jemu pula baca blog aku bila merapu panjang-panjang ni. Ps: Blogger lama dan otai tu boleh la ajar aku sikit-sikit nanti apa yang aku tak tahu.Orang cakap ilmu kalau berkongsi makin bertambah 😆. Lagi satu blog yang lama tak guna dah ni aku sertakan sekali gambar aku yang tak seberapa ni