TIPS UNTUK MELUPAKAN BEKAS KEKASIH
Berpisah dengan kekasih mungkin adalah hal yang mudah bagi sesetangah orang tetapi yang susahnya adalah untuk melupakan. Susah sebab terlalu banyak kenangan manis antara kita dan dia lalui bersama. Jadi disini aku nak kongsikan tips untuk korang lupakan si dia. 1)Buang kenangan yang si dia beri Membuang semua benda yang pernah si dia beri, mungkin kenangan di kepala susah untuk dilupakan tapi kenangan pemberian barang masih boleh dibuang supaya cepat dapat lupakan si dia. Tapi kalau rasa barangan yang si dia pernah bagi tu mahal dan sangat berharga jangan buang jual sahaja nanti duit hasil jualan tu boleh la simpan untuk perbelanjaan perkahwinan korang nanti. Hehehe 2)Mencari Kesibukan Sibukkan diri dengan kegiatan baru dan elakkan dari bersendirian kerana boleh membuatkan korang mengingati kembali kepada kenangan dengan si dia, sebaliknya sibukkan diri dengan perkara berfaedah. Contohnya korang boleh sibukkan dengan membuat pertenakan kambing besar-besaran sebab...