Posts

Showing posts with the label perak

3 Hari 2 Malam Perak-Kedah-Perlis Part 2

Image
... Sambungan 4/12/2016(Ahad) Kami sampai dalam 12 malam kat hotel. Ok kat sini dia punya wifi berdesup gila laju. Tengok cerita dalam HD pun smooth je. Kat kawasan tu ada dobi layan diri nama Mamabzdobi. Sini pun wifi internet dia laju sambil tunggu mesin siap basuh baju boleh la layan laman sosial dulu. Kat sebelah tu pula ada kedai makan. Aaa molek la sebab perut pun lapar jadi masing-masing order makanan malam tu. Baju dah siap basuh dan perut dah kenyang balik ke bilik untuk tidur. Tapi maklum la internet laju. Semua tidur lambat sebab duk layan internet. Pagi tu kami pergi ke Pantai Merdeka dulu sarapan kat sana. Sebelum ni asyik duk dengar lagu 'Cinta Pantai Merdeka' nak juga tengok tempat macam mana. Tengah seimbangkan badan Dab datang lagi Dah berpeluh satu badan dan puas hati bergambar kami bertolak ke tempat perkahwinan sepupu Shah. Sampai-sampai orang suh makan kat meja makan beradab. Hahaha. Dah la tu rumah sebelah perempuan bukan rumah sepupu Sh...

3 Hari 2 Malam Perak-Kedah-Perlis Part 1

Image
2/12/2016(Jumaat) Assalamualaikum dan hye hye hye. Macam dalam tajuk tu la cerita aku nak taip ni. Kami berlima Yoe, Shah, Wasim, Pok yeah dan Faris. Eah kalau aku taip cerita pasal pergi jejalan ni mesti berlima je. Kami plan lepas solat Jumaat. Petang tu terus gerak al maklum la jenis last minute plan. Lepas makan-makan semua dalam pukul 6 pm baru gerak ke destinasi. Berhenti makan, buang hajat dan jam semua dalam pukul 12.30 kami sampai homestay tempat untuk bermalam. Muka happy nak tidur 3/12/2016(Sabtu) Lepas solat subuh semua tidur kejap. Pukul 8 pagi semua dah bangun nak bergambar kat sawah padi. Keluar dari homestay tu dia punya angin pagi sempoi-sempoi bahasa. Masa bergambar kat sawah ni macam-macam gaya ada seluar dengan baju semua kotor. Dab kat sawah Tunjuk muka sikit 5 abdul menjadi orang-orang untuk halau burung Wasim tu kenapa Rehat lepas bergambar Sejam la juga bergambar dan bervideo kat sawah tu. Penat bergambar, perut pun dah la...

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak

Image
Assalamualaikum dan hye. Seperti yang dijanjikan pada post sebelum ni. Yoe nak cerita tentang hiking Bukit Batu Putih. Bukit ni kat Gopeng, Perak ya bukan Bukit Batu Putih kat PD ni. Sebab ada dua nama bukit yang sama. Bagi aku dalam banyak-banyak bukit Yoe pernah hiking bukit ni la Yoe rasa paling senang dan sekejap. Naik lebih kurang 20 minit sahaja dari tempat parking. Turun pula Yoe rasa 10 minit je kot. Sesuai sangat yang jenis nak mencuba aktiviti hiking ni sebab bukit ni tak memenatkan sangat dan dia punya jalan nak naik tu tak bahaya. Acah nak jadi tarzan Tengah menikmati alam semulajadi Sempena batu ni la nama bukit ni Yoe rasa. Dalam gambar tu nampak je ok berdiri padahal lutut tengah ketar tu. Hahaha. Bukit ni kalau nak bawa satu keluarga hiking pun ok. Yoe ni pergi dengan kawan jela dulu nak kahwin muda lagi. Hehe Video kami kat atas

Lost World Of Tambun

Image
Assalamualaikum dan hye Harini baru sahaja habis defend dan bentangkan pasal research group aku jadi ada la sikit masa nak update kat blog ni. Aku rajin update blog harini sebab nak cerita pasal 26/11/2016(Sabtu) kitaorang pergi Lost World rasanya ramai dah tahu kat mana waterpark ni. Aku ni belajar kat perak dah 2 tahun setengah. Minggu lepas baru dapat dan teringin ke Lost World. Waterpark ni takde la jauh dari tempat aku belajar. Dalam 10 ke 15 minit je kot. Enam jejaka. Muka gembira semua Pagi tu semua bangun awal lepas je solat subuh terus tak tidur sebab nak siap-siap. Kitaorang gerak lebih kurang pukul 8 pg sebab nak sarapan dulu. Maklum la nak main airkan. Pagi tu aku makan nasi lemak. Pagi-pagi dah makan nasi sebab nak bagi ada tenaga. Kalau makan roti main air sekejap lepas tu lapar balik. Dah habis makan semua pkul 9.30pg sampai kt Lost World untuk beli tiket masuk. Harga tiket masuk ni sebenarnya rm60 seorang. Tapi kalau bawa kad siswa atau kad Watsons dia a...

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ni aku nak ceritakan pengalaman tentang mendaki Bukit Berekeh atau pun dikenali juga Bukit Botak. Bukit ni terletak di Kampung Bawong, Sungai Siput. Tinggi bukit ni hanya 454M sahaja dan mempunyai 5 puncak yang perlu didaki. Kitaorang mula daki kalau tak silap dalam pukul 8.40 a.m dan sampai puncak jam 10.15 a.m.  Sepanjang perjalanan nak sampai ke puncak tu memang hijau je  mungkin disebabkan oleh pokok-pokok sawit yang diusahakan penduduk setempat. Sebenarnya aku dan 3 orang rakan yang lain mendaki bukit tu bersama pada awalnya dan sebelum sampai puncak pertama, 2 rakan aku Shah dan Wasim menyuruh aku dan Ilias pergi dahulu sebab dorang dah pernah naik bukit ni dan takut kami sampai puncak tengahari. Sebab aku hajat nak juga tengok awan karpet kalau sempat. PUNCAK PERTAMA dan KEDUA Masa tu aku dan Ilias sampai puncak pertama sama-sama. Bagi aku perjalanan puncak pertama tak penat sangat sebab masih ada pokok-poko...