REVIEW FILEM DRISHYAM (2015)

Filem Drishyam pada tahun 2015 ni adalah remake dari filem asal yang bertajuk sama pada tahun 2013. Filem ni sangat menarik walaupun Yoe tengok yang remake je. Filem ni tak menekankan kisah percintaan antara kekasih tapi lebih kepada seorang ayah cuba melindungi keluarganya dari masalah yang telah dihadapi mereka. Watak utama di filem ini adalah Vijay Salgaonkar (Ajay Devgn) seorang lelaki yang biasa cuba melindungi keluarganya.



Filem ni tidak menpunyai aksi yang ganas yang memerlukan efek komputer yang canggih tetapi lebih kepada konflik yang membuatkan kita sentiasa tertanya "eah macam mana dia buat" dan membuat kita tidak sabar untuk mengetahui cara dia lakukan.  

Vijay tinggal dengan isterinya, Nandini (Shriya Saran) dan dua orang anak perempuannya Anju Salgaonkar (Ishita Dutta) dan Anu Salgaonkar (Mrunal Jadhav). Vijay boleh dikatakan seorang kaki movie kerana suka menonton movie. Vijay Salgaonkar sangat terkenal bersifat ramah dengan setiap orang dan sangat mudah bergaul. Dia terkenal tidak berpendidikan kerana hanya bersekolah sehingga darjah 4. walaupun hanya bersekolah sehingga darjah 4 teta[ifikirannya sangat licik. Itu semua diperoleh dari hobi yang suka menonton filem sehingga Vijay belajar banyak dari menonton filem.Boleh dikatakan setiap jam di tempat kerja digunakan untuk menonton filem sehingga jarang pulang kerumahnya.
 
Filem ni lebih menarik selepas berlaku pembunuhan di rumah Vijay. Pembunuhan itu terjadi secara tidak sengaja apabila anaknya Anju yang ingin membela diri telah membunuh anak seorang Inspektor Jeneral, Meera Deshmukh (Tabbu) yang terkenal  seorang yang mampu membuat penjenayah membuka mulut untuk memberitahu hal yang sebenar.


Unsur keluarga dalam filem ini sangatlah kuat dari kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.  Ajay Devgn berjaya menghayati peranannya sebagai seorang ayah yang harus membela anaknya dari hukuman. 
4.5/5
Wajib Tonton


Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DENGAN KEPALA AIR

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak

Mengejar Sunrise Bukit Panau, Kelantan