Lost World Of Tambun

Assalamualaikum dan hye
Harini baru sahaja habis defend dan bentangkan pasal research group aku jadi ada la sikit masa nak update kat blog ni.

Aku rajin update blog harini sebab nak cerita pasal 26/11/2016(Sabtu) kitaorang pergi Lost World rasanya ramai dah tahu kat mana waterpark ni. Aku ni belajar kat perak dah 2 tahun setengah. Minggu lepas baru dapat dan teringin ke Lost World. Waterpark ni takde la jauh dari tempat aku belajar. Dalam 10 ke 15 minit je kot.

Enam jejaka. Muka gembira semua

Pagi tu semua bangun awal lepas je solat subuh terus tak tidur sebab nak siap-siap. Kitaorang gerak lebih kurang pukul 8 pg sebab nak sarapan dulu. Maklum la nak main airkan. Pagi tu aku makan nasi lemak. Pagi-pagi dah makan nasi sebab nak bagi ada tenaga. Kalau makan roti main air sekejap lepas tu lapar balik. Dah habis makan semua pkul 9.30pg sampai kt Lost World untuk beli tiket masuk.

Harga tiket masuk ni sebenarnya rm60 seorang. Tapi kalau bawa kad siswa atau kad Watsons dia akan potong rm6 ringgit seorang jadi rm54 sahaja. Satu kad boleh guna untuk 6 orang. Jadi baki ada lagi dalam rm6 seorang. Kitaorang berenam jadi rm35. Rm35 tu kitaorang sewa locker yang besar senang untuk masukkan barang dan beg kitaorang. Dah letak semua barang loker tu. Kami cuba mainan yang kat luar-luar ni dulu lepas tu pegi tengok zoo dia. Banyak juga haiwan yang ada dalam ni. Dari herbivor ke karnivor, dari mangsa ke pemangsa.



Jenis-jenis haiwan

















Dah habis round satu Lost World sampai la masa untuk main air. Harga untuk sewa pelampung rm16 dan deposit rm10. Jadi rm26 untuk satu pelampung. Oh ya lupa nak tulis bila dah masuk dalam Lost World urusan jual beli tak guna wang ya. Korang kena siap-siap topup dalam wristband korang nanti. Tapi jangan risau kalau ada lagi baki dalam wristband tu korang boleh ambil balik kat kaunter baki wang yang ada dalam gelang korang tu. Jadi kalau topup banyak pun tak perlu risau sebab boleh ambil balik baki. Minimum rm10 untuk topup dalam wristband.

Panjang pula permainan aku nak tulis satu-satu. Aku letak gambar dengan video jela nanti korang bayangkan sendiri sebab kalau taip nanti dah macam novel dah nak cerita. Hahahaha.

Video kat Lost World

Lepas tu dalam pukul 3 ptg kitaorang solat zohor. Ok yang ni aku nak cakap sebaik-baiknya bawa la kain pelikat. Sebab mudah untuk korang juga nak guna nanti. Kalau yang perempuan tu bawa la kain sembahyang sendiri. Dah habis solat kitaorang sambung main air. Lebih kurang pukul 6 petang baru la puas main dan rasa dah berbaloi dengan rm54 ringgit kitaorang bayar untuk masuk tu. Yela dari jam 10am-6pm kalau tak berbaloi lagi tak tahu la. Pasal makan, makan sarapan dengan nasi lemak tu jela sebab seronok sangat main sampai makan pun dah tak ingat. Lapar pun tak terasa lapar mungkin sebab banyak minum air masa menyelam dalam kolam tu. Hahahaha. Yekss. Lagipun air dan makanan dalam tu memang berkali ganda mahal harganya. Jadi lebih baik kornag makan kenyang-kenyang baru masuk. Nak bawa masuk makanan? Masa mula-mula korang masuk tu diaorang dah check satu persatu apa yang korang bawa dalam beg.

Jadi aku rasa kalau nak bawa family atau pasangan ke Lost World Of Tambun ni memang berbaloi la. Tapi kalau takde pasangan atau family lagi. Bawa diri pun ok boleh usha-usha orang kat situ. Mana la tahu ada yang melekat.

Ps:Nanti ada masa aku cerita pasal hiking Bukit Batu Putih kat Gopeng 27/11/2016(ahad)

Comments

  1. Wahh macam best je. tak pernah pergi.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup memang best. Nanti boleh la cuba pergi. Habiskan cuti kat sana

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DENGAN KEPALA AIR

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak