Posts

Mengejar Sunrise Bukit Panau, Kelantan

Image
Assalamualaikum, lama tak update kat blog ni. Jarang update sebab sekarang tengah busy dengan kerja. Masa pun kurang nak menaip duduk depan laptop ni. Hehe. Jadi aku nak cerita pasal aku mendaki Bukit Panau. Bukit Panau ni pertama kali aku naik dulu lebih kurang 12 tahun lepas. Masa tu darjah 6 atau darjah 5 kalau tak silap. Tapi sejak viral tahun 2019 ni. Ramai juga la aku tengok orang upload gambar mendaki bukit tu. Jadi haritu alang-alang ada kat Kelantan ni. Aku cuba la naik bukit ni dengan adik perempuan aku, sebab orang cakap boleh tengok sunrise atas sana. Jarak Bukit Panau dengan rumah aku dekat. Dalam 10 minit je kalau dengan kereta. Jadi lepas solat subuh tu terus pandu kereta. Jam 6.40 pagi aku mula naik dan 25 minit dah sampai kat puncak. Takde la tinggi bukit ni. Jalan untuk mendaki pun tak susah untuk sampai ke puncak. Ini gambar selepas 12 tahun aku tak naik bukit ni. Gambar ni bertarikh 02/11/2019(Sabtu) Gambar dengan adik perempuan kat puncak De

Jangan Cepat Menghukum Seseorang

Assalamualaikum.... Lama dah Yoe tak buka blog ni, dah bersarang dengan sarang Spider-man dah. Hahaha. Malam ni nak tulis tentang seseorang yang suka menilai orang lain tanpa usul periksa. Asalkan dapat peluang terus menghukum dengan mengata. Bak kata Laksamana Sunan dalam novel Bagaikan Puteri "Lebih baik tersalah ampun daripada tersalah hukum" Tanpa kita sedar atau tidak, kadang-kadang kita terlalu cepat menghukum seseorang dengan pelbagai andaian tanpa berfikir dahulu. Mungkin setiap kata-kata kita keluarkan dari mulut boleh menyebabkan seseorang bertambah sedih dan kecewa. Kerana kita hanya fikir diri kita sahaja yang betul tanpa berfikir apa yang dia telah lalui pada hari itu. Macam contoh cerita yang Yoe ingin ceritakan moga kita boleh ambil sebagai pedoman dari kisah ini ~~~~~~~~ Pada suatu hari di sebuah masjid yang berdekatan dengan hospital ada seorang pak cik yang keletihan kerana penat bekerja di hospital. Pak cik ini tujuannya ke masjid untuk menunaik

Kisah Teladan The Giving Tree

Image
Pada suatu masa dahulu, terdapat sepohon pokok epal yang sangat besar. Pokok epal ini mempunyai  kawan yang sangat rapat iaitu seorang kanak-kanak lelaki kecil. Budak lelaki ini sentiasa datang untuk bermain dengan pokok epal dan menghabiskan masanya dengan pokok epal. Dia akan memanjat pada batang pokok epal dan bergayut dari dahan pokok untuk bermain. Jika budak lelaki itu berasa lapar dan dahaga dia akan memetik buah epal untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaganya, bila telah penat bermain dia akan berteduh dan berehat di bawah teduhan rimbunan daun pokok epal. P okok epal sangat gembira  kerana dapat bermain dengan budak lelaki itu setiap hari tanpa rasa bosan sedikitpun. Satu hari , pokok itu terkejut melihat kanak-kanak itu menghampiri dengan wajah yang sedih. Pokok itu berkata "Datang sini dan bermainlah dengan saya" dan budak lelaki itu menjawab sambil menjerit "Saya bukan lagi budak kecil yang bermain dan menghabiskan masa dengan kamu sepanjang hari"

Pengalaman Mendaki 9 Buah Bukit

Image
Mesti ramai yang mempunyai hobi untuk mendaki bukit dan gunung kalau boleh semua bukit dan gunung kita nak daki bila ada minat tu sebab pengalaman ni bukan semua orang boleh rasa. Betul tak para hikers semua? Jadi untuk post kali ini Yoe nak cerita sedikit pengalaman tentang hiking ni. 1)Bukit Broga Broga Hill atau dikenali sebagai Bukit Broga. Bukit ni terletak di Semenyih dan sangat terkenal dengan tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Oleh sebab, terlalu ramai orang yang suka daki bukit ni sampai dah macam   pusat membeli belah Yoe rasa sekarang. Bukit Broga ni ketinggiannya 400M dari paras laut. Yoe cadangkan nak naik bukit ni naik pada waktu pagi atau sebelum subuh. Yoe naik pun subuh atas puncak siap berjemaah lagi, best wow angin sempoi-sempoi bahasa sambil tengok pemandangan Sunrise . Sebab bila dah tenga