Sentiasa Muhasabah Diri
Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan,
Ketika harapan dirasakan tidak ada untuk diharapkan,
Ketika diri tiada tempat untuk meluahkan dan melepaskan segala resah di jiwa,
Usah berputus asa dengan Rahmat Allah teruskan perbaiki diri.
Dalam Islam, seluas-luas pintu di dalam ajaran Islam adalah pintu taubat.
Allah menyatakan :"Wahai hambaku, jika dosamu itu sampai ke langit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit kemudian engkau beristighfar, engkau pohon keampunan daripadaku Aku ampunkan engkau Aku tidak peduli". Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Apabila manusia ingin bertaubat, Allah tidak pernah tanya siapa bapa kamu, siapa mak kamu, siapa datuk mu. Contohnya seperti Abu Jahal yang memerangi Nabi dan anaknya Ikrimah bin Abu Jahal Radhiallahu ‘Anhu masuk Islam sahabat Nabi dan terbilang sebagai orang yang dekat dengan Nabi. Manusia yang tampil menentang Nabi, lagi Allah terima Taubatnya inikan pula manusia seperti kita walaupun kita kata benda itu tidak baik, dia berzina, dia minum arak tapi kalau dian nak balik kepada Islam tidak pernah ada halangan pun antara dia dengan Allah. Hanya kepada- Nya kita sembah, hanya kepada-Nya kita memohon keampunan,
Kita kerap melakukan kesilapan yang sama setiapa hari dalam kehidupan kita, penyebabnya adalah kerana kita sering untuk melupakan untuk muhasabah diri dan merasakan diri sudah cukup dengan amalan yang dilakukan, Ya memang kadang-kadang kita merasakan lelah dan letih ketika mencari bekal yang baik untuk ke akhirat dan tergelincir dalam dosa-dosa yang sering kita lakukan dan muhasabah diri akan membantu untuk kita kembali ke jalan yang benar.
Ramai manusia yang Allah telah berikannya nikmat walaupun sentiasa melakukan maksiat dan dia tidak sedar bahawa itu adalah bentuk istidraj (penangguhan menuju kebinasaan). Selagi nyawa dikandung badan peluang untuk kembali kepada Allah tidak pernah tertutup kerana Allah membuka pintu taubat pada waktu malam untuk mengampunkan dosa yang telah manusia lakukan pada waktu siang.
Pintu yang paling besar itulah, pintu taubat.
ReplyDeleteKejarlah selagi ia masih terbuka.
yep setuju
Deletenice sharing Yoe :)
ReplyDeleteterima kasih.sama-sama berubah ke arah yang lebih baik
DeleteCasino in Maricopa - Mapyro
ReplyDeleteMaricopa Casino 안양 출장샵 offers 포항 출장샵 the latest games and slots, You'll 서울특별 출장안마 see the layout of its main floor and a slot table. Resort 속초 출장샵 King's House; Resort Two 울산광역 출장샵 Queens