Renung Dan Bersyukurlah


Nikmat yang telah Allah kurniakan kepada Yoe sebenarnya terlalu banyak tetapi sifat manusia selalu lupa dan tidak pandai menghargai. Nikmat yang di beri meliputi dari hujung rambut ke hujung kaki, kesihatan, keamanan negara, makanan, udara dan air kalau nak senaraikan satu persatu terlalu banyak.

Nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita terlalu besar. Dunia ini, berserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan untuk manusia, tetapi kita masih tidak  dapat bersyukur. Sepasang mata, satu lidah, sepasang telinga, dua tangan dan juga kaki.

Mungkin bagi kita yang sihat anggota badan dan tidak ada anggota yang cacat merasakan bahawa berjalan dengan dua kaki adalah perkara yang biasa. Ya, memang bagi kita berdiri dengan dua kaki dan berjalan ni adalah sesuatu yang terlalu biasa dan mudah, padahal ramai manusia yang tidak dapat lakukan perkara yang kita anggap biasa ini, kerana mereka kehilangan sepasang kaki atau cacat sejak lahir.

Mungkin bagi kita tidur dengan memejamkan kedua pasang mata adalah biasa, sementara ada ramai manusia ketika kita sedang nyenyak tidur mereka sedang cuba untuk memejamkan mata tetapi tidak boleh kerana sakit yang sedang mereka alami. Ketika kita sedang menjamu selera dengan makanan dan minuman yang lazat, ada orang lain tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka alami.

Renungkanlah, bertapa besarnya anugerah kesihatan yang telah Allah kurniakan kepada kita. Ada yang ingin menukarkan kedua pasang mata dengan emas sebesar gunung, namun buta? Ada yang ingin mejual pendengaran dengan seharga berlian sebanyak lautan, namun pekak? Ada yang ingin menukarkan kedua belah tangan dengan seharga perak sebesar bukit, tetapi kudung?

Kadang-kadang kita terlaku memikirkan sesuatu yang telah hilang sehingga lupa bersyukur dengan apa yang masih ada dengan kita seperti keluarga yang banyak membantu, tempat tinggal untuk berteduh dari basahnya hujan dan panasnya matahari, pekerjaan untuk menyara keluarga, kesihatan untuk melakukan pekerjaan, sahabat yang sentiasa ada ketika memerlukan bantuan.


Comments

  1. Alhamdulillah. Dari buka mata bangun dari tidur, terlalu banyak nikmat yang Allah bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. kita dapat bangun dari tidur dan dapat mulakan hari baru sepatutnya dah bersyukur

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DENGAN KEPALA AIR

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak