Moga Mama Cepat Sembuh



Lama tak update cerita baru kat blog ni. Maklum la sibuk dengan pelajaran, ni pun nak tulis sebab nak bagitahu pasal mama Yoe dari 8/2/2017(RABU)  kena tahan di wad Hospital Lati aka Hospital Pasir Mas. Mama kena tahan di wad sebab paru-paru sebelah kiri ada air. Mama ni memang dah lama rasa letih badan dengan batuk lagipun pergi klinik check kencing manis bacaan glukos 22 kalau tak silap. Keesokannya(KHAMIS) terus buat Left Plueral Tapping untuk kelurkan air dari paru-paru. Ingatkan lepas sahaja buat Left Plueral Tapping boleh rasa gembira sebab air dah buang. Tapi bila x-ray bahagian dada ada lagi air yang duduk dalam paru-paru mama. Harini (13/2/17) mama akan ke hospital Kota Bharu untuk buat Chest Tube. 

Oh ya sebab macam mana boleh ada air di sebelah kiri paru-paru mama masih belum tahu tapi sempel dah ambil. mungkin seminggu lagi baru tahu penyebab air boeh berada di situ. Harap sesiapa yang baca coretan aku ni boleh sama-sama doakan mama Yoe cepat sembuh dan keluar dari hospital. Nak tulis panjang-panjang pun nanti takde yang berminat nak baca. Tengok mama batuk-batuk dengan lelah pun rasa sedih je jadi harap korang boleh doakan.

Benda paling yang aku rasa ada hikmah disebalik semua ni adalah semua adik beradik  sangat boleh diharap untuk jaga mama di wad.Walaupun Abang Long dan Abang Ngah tinggal jauh dari Kelantan.


LAGU DARI CERITA MAT DAN DAN KAKI JALAN

update 14/2/17

Alhamdulillah selesai prosedur Chest Tube semalam. doktor pun ada masukkan kamera semalam untuk tengok sebab kenapa ada air terkumpul dalam paru-paru mama. Apa kemungkinan penyebab yang doktor bagitahu Ngah semalam aku harap sangat bukan. Semalam pun dah letih keluarkan air mata dengan tengok keadaan mama dengan wayar macam tu. Ni pun adik Yoe dua orang yang perempuan tu belum tahu lagi  apa yang terjadi semalam. Nanti apa-apa Yoe akan update lagi tolong doakan mama cepat sembuh ya.......

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DENGAN KEPALA AIR

Bukit Batu Putih, Gopeng, Perak

Mendaki Bukit Berekeh aka Bukit Botak di Sungai Siput Perak